Ciri pintar dalam kereta Honda City Sedan 2023 yang patut anda tahu

oleh Mohamad Hanif|
Selari dengan peredaran arus semasa dan permintaan pelanggan, kebanyakan kereta-kereta baharu sudah mula dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri moden dan pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ada yang mahukan kereta mereka mempunyai sistem infotainmen tercanggih, sistem audio kalah PA system surau, sokongan Apple CarPlay/Android Auto, kamera keliling dan bermacam-macam lagi.

Salah satu ciri canggih ada pada Honda City Sedan 2023 yang patut anda ambil tahu ialah aplikasi telematik Honda CONNECT.
 

connect


Aplikasi tersebut ditawarkan secara standard untuk varian City RS dan e:HEV RS, namun ia kini sudah mula ditawarkan kepada para pembeli model varian S, E dan juga V sebagai satu opsyen.

Menarik bukan?

Berpaksikan kepada segalanya berada di hujung jari, pengguna boleh mendapatkan pelbagai informasi berkenaan kenderaan termasuklah mengetahui status seperti lokasi dan informasi semasa, selain melakukan operasi kawalan jarak jauh.
 

City


Perinciannya adalah seperti berikut:

Safety and Security

• Automatic Collision Detection System & Emergency Call - sistem akan segera menghubungi Call Center 24 jam Honda sekiranya berlaku kemalangan, atau insiden di mana beg udara meledak
• Security Alarm Detection - ciri ini akan memantau keadaan kenderaan dan sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti pintu atau bonet terbuka secara paksaan, notifikasi akan dihantar kepada pemilik dan Roadside Assist Call Center dengan segera.
• Find My Car - menentukan lokasi kereta dengan lebih mudah menggunakan peranti pintar
• Speed Alert & Geo-Fencing Alert -  kedua-dua ciri ini akan memberikan notifikasi dan amaran kepada pengguna sekiranya kenderaan dipandu melangkau parameter yang telah ditetapkan, seperti radius km dan halaju.

Convenience

• Remote Car Control - kawalan jarak jauh untuk sesetengah fungsi kenderaan seperti mengunci dan membuka kereta, menghidupkan enjin, memulakan fungsi penyejukan kabin atau menghidupkan lampu utama, malah pemilik juga boleh meminta bantuan daripada Call Center sekiranya kunci ditinggalkan dalam kereta secara tidak sengaja.
• Car Status & Service Reminder - memaparkan status kenderaan dan peringatan untuk servis yang berikutnya, pemilik juga boleh mendapatkan sejarah servis kenderaan, senarai alat ganti dan kos pembaikan anggaran.
• Remote Diagnostic Support - sokongan diagnostik jarak jauh yang memberikan penilaian awal terhadap 11 indikasi seperti sistem ABS, Supplemental Restraint System, Brake System, Engine Malfunction, Charging System, Vehicle Stability Assist, Electric Power Steering, Lane Keep Assist System, Adaptive Cruise Control System dan Power System.
 

connect


Berita baik, Honda Malaysia kini menawarkan aplikasi Honda CONNECT sebagai satu opsyen buat pembeli Honda City 2023 varian S, E, dan V, dengan harga istimewa RM1,500 yang sah sehingga Januari 2024 sahaja.

Baca: Honda City Sedan 2023 (facelift)

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sasaran jualan tersebut dibuat berdasarkan ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) berjumlah 600,…
Berita Domestik
Ciri yang ditawarkan menerusi Honda CONNECT merangkumi tiga tunjang utama, iaitu Safety (…