Honda Malaysia sasar jual 80,000 unit kenderaan 2022

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini membentangkan arah tuju perniagaan strategik syarikat itu untuk tahun 2022 dengan menyasarkan angka jualan sebanyak 80,000 unit untuk tahun ini.

Sasaran jualan tersebut dibuat berdasarkan ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) berjumlah 600,000 unit.  

Selain itu, Honda Malaysia yakin mampu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan, dibantu oleh pelancaran dua buah model serba baharu yang dijadualkan pada tahun ini.

Dari segi jualan, model-model seperti City, HR-V dan CR-V merupakan model yang paling laris terjual, masing-masing merangkumi penguasaan pasaran sebanyak 36%, 21% dan 14%.

Untuk lapan tahun berturut-turut, Honda Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar bukan nasional nombor satu sejak tahun 2014.
 

City


Honda Malaysia turut merancang untuk meluaskan lagi penawaran varian RS e:HEV untuk model-model akan datang selepas model City sedan dan City hatchback, selain memperkenalkan teknologi generasi baharu seperti VTEC Turbocharged, Honda SENSING dan juga Honda CONNECT.

Selain daripada penjualan kenderaan baharu, Honda Malaysia merancang untuk memperkenalkan program baharu melibatkan perniagaan kenderaan terpakai, atau Honda Certified Used Car yang mampu memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan yang mahukan kenderaan berjenama Honda.

Honda Malaysia juga akan memfokuskan tumpuan kepada meningkatkan perkhidmatan selepas jualan, di mana pelanggan boleh membuat temujanji servis menerusi aplikasi HondaTouch, serta mengerahkan pasukan bergerak Honda Malaysia yang boleh memberikan khidmat servis di lokasi pilihan pelanggan.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Ternyata Honda sekali lagi berjaya mencipta resipi yang membuatkan pasaran tempatan menerima WR-V,…
Berita Domestik
Dalam masa yang sama, Honda Malaysia turut meraikan pelanggan pertama yang berjaya mendaftarkan SUV…
Berita Domestik
Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Pengarah Urusan dan CEO Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura…