Honda CONNECT - aplikasi telematik semua-dalam-satu, ciri standard untuk City RS e:HEV 2021

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini melancarkan secara rasmi aplikasi mudah alih Honda CONNECT yang membolehkan pengguna mengakses teknologi seperti diagnostik, aplikasi jarak jauh, keselamatan dan sokongan - semuanya ditawarkan di dalam satu aplikasi yang cukup lengkap.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ciri yang ditawarkan menerusi Honda CONNECT merangkumi tiga tunjang utama, iaitu Safety (Keselamatan), Security (Perlindungan) dan Convenience (Kemudahan), di mana Honda City RS e:HEV 2021 bakal menjadi model pertama Honda yang bakal mendapat sokongan Honda CONNECT sebagai ciri standard.

Antara ciri yang dimuatkan adalah:

 


Safety and Security

  • Automatic Collision Detection System & Emergency Call - sistem akan segera menghubungi Call Center 24 jam Honda sekiranya berlaku kemalangan, atau insiden di mana beg udara meledak
  • Security Alarm Detection - ciri ini akan memantau keadaan kenderaan dan sekiranya berlaku sebarang kejadian seperti pintu atau bonet terbuka secara paksaan, notifikasi akan dihantar kepada pemilik dan Roadside Assist Call Center dengan segera.
  • Find My Car - menentukan lokasi kereta dengan lebih mudah menggunakan peranti pintar
  • Speed Alert & Geo-Fencing Alert -  kedua-dua ciri ini akan memberikan notifikasi dan amaran kepada pengguna sekiranya kenderaan dipandu melangkau parameter yang telah ditetapkan, seperti radius km dan halaju.

Convenience

  • Remote Car Control - kawalan jarak jauh untuk sesetengah fungsi kenderaan seperti mengunci dan membuka kereta, menghidupkan enjin, memulakan fungsi penyejukan kabin atau menghidupkan lampu utama, malah pemilik juga boleh meminta bantuan daripada Call Center sekiranya kunci ditinggalkan dalam kereta secara tidak sengaja.
  • Car Status & Service Reminder - memaparkan status kenderaan dan peringatan untuk servis yang berikutnya, pemilik juga boleh mendapatkan sejarah servis kenderaan, senarai alat ganti dan kos pembaikan anggaran.
  • Remote Diagnostic Support - sokongan diagnostik jarak jauh yang memberikan penilaian awal terhadap 11 indikasi seperti sistem ABS, Supplemental Restraint System, Brake System, Engine Malfunction, Charging System, Vehicle Stability Assist, Electric Power Steering, Lane Keep Assist System, Adaptive Cruise Control System dan Power System.

 


Selain daripada ciri di atas, Honda CONNECT juga bakal menawarkan medium komunikasi termaju menerusi fungsi One-to-One Message yang menawarkan peringatan terhadap servis penyelenggaraan, pembaharuan insurans, serta tarikh luput cukai jalan tahunan, sementara Social Network Services (SNS) Posting pula membolehkan pemilik berkongsi log perjalanan kenderaan mereka menerusi media sosial.

 

Berita Berkenaan

Informasi
Ada yang mahukan kereta mereka mempunyai sistem infotainmen tercanggih, sistem audio kalah PA…
Berita Domestik
Sasaran jualan tersebut dibuat berdasarkan ramalan jumlah keseluruhan industri (TIV) berjumlah 600,…