Chevrolet bangunkan trak pikap unibodi baharu?

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada pasaran trak pikap bersaiz Ranger, Triton dan seumpama dengannya (sekadar menyebut beberapa model), pasaran trak pikap unibodi bersaiz kompak juga sebenarnya sedang meningkat.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Melihatkan kepada perkembangan tersebut, GM kini dikhabarkan sedang membangunkan sebuah trak pikap unibodi sebagai pengganti kepada model Chevrolet Montana dan bakal bersaing dengan Fiat Toro, Renault Duster Oroch serta model hasil kerjasama antara Ford dan Volkswagen. 

Model pengganti ini dibangunkan oleh GM Brazil dan bakal menggunakan platform daripada GM iaitu Global Emerging Markets architecture yang sama digunakan pada Chevrolet Onix, Sail dan juga Buick Excelle.


Trak pikap ini bakal ditawarkan dalam beberapa konfigurasi bentuk badan seperti dua dan empat pintu serta truck bed yang bersaiz besar.

Nadi kuasa empat silinder 1.5 liter turbo pula dikatakan mampu menjana 153 kuasa kuda dan 240 Nm daya kilas sebelum kuasa tersebut digandingkan dengan transmisi auto enam nisbah kelajuan. 

Memandangkan ia dikendalikan oleh GM Brazil, model trak pikap unibodi ini akan menyerang pasaran benua Amerika terlebih dahulu menjelang tahun 2020 - GM Authority.

 

Tiba-tiba anda rasa Proton Arena nampak seksi bukan? 

Berita Berkenaan

Informasi
Recall tersebut telah dimulakan pada bulan Jun tahun lalu dimana ia melibatkan penggantian inflator…
Berita Global
Namun, masih ada sinarnya kerana ia masih dikuasakan oleh enjin besar V8 LT2 6.2 liter, sama…
Berita Global
Jangka hayat model bajet Chevrolet itu tidak pernah bertahan lama, di mana produksi model generasi…