Chery bakal buka kilang CKD di Shah Alam tahun ini

oleh HEZERI SAMSURI|
Chery International akan memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) mereka dalam tahun ini.

Itu ialah apa yang dinyatakan oleh Chen Chun Qing, Timbalan Presiden Eksekutif Chery International ketika temuramah Careta bersama beliau di ibu pejabat Chery di Wuhan, China pagi tadi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Selain dari itu, Chen juga berkongsi bahawa satu unit Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) juga akan diwujudkan di Malaysia bagi projek-projek ubahsuai model Panduan Sebelah Kiri (LHD) ke Panduan Sebelah Kanan (RHD).

Menurut Chen lagi, ada model-model yang bakal dipasang di Malaysia akan dieksport ke negara Asean, Australia dan Afrika Selatan.

 

Chen (tengah) mahu pengguna Malaysia yakin bahawa Chery mahu bertapak selamanya di Malaysia.
Chen (tengah) mahu pengguna Malaysia yakin bahawa Chery mahu bertapak selamanya di Malaysia.

 

Chen juga tidak menolak kemungkinan Chery akan turut membuka kilang pemasangan di negara Asean yang lain kerana insentif yang diberikan berbeza-beza.

"Ada model yang lebih sesuai dipasang di negara lain kerana insentif yang diberikan sejajar dengan produk tersebut," ujar beliau sambil menidakkan dakwaan Chery akan membuka kilang di Thailand dahulu sebelum Malaysia.

Antara perancangan jangka masa panjang Chery ialah untuk mengkaji dan menghasilkan model khusus untuk pasaran Asean.

Beliau tidak menyatakan genre kenderaan mana yang akan dihasilkan tetapi cepat memberikan Toyota Avanza sebagai contoh terbaik kenderaan Asean.

Sebelum ini Careta mendapat khabar berita bahawa Chery telah mengambil alih kilang lama Ford AMIM di Shah Alam. Berita ini nampaknya mengesahkan lagi perancangan jangka masa panjang Chery di Malaysia.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Hasil dari siasatan itu, CAM telah mengenal pasti 600 unit Omoda 5 yang disyakki terbabit dan CAM…
Berita Domestik
Chery Dari apa yang kami fahami, Chery ialah jenama utama dan ia direka untuk pasaran umum.…