Cezeri - 'kereta terbang' nasional Turki

oleh Mohamad Hanif|
Sementara Malaysia masih belum bersedia mendedahkan prototaip kereta terbang yang kini dikhabarkan 75 peratus siap, Turki merupakan negara baharu yang memperkenalkan kereta terbang nasional mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun hakikatnya, ia bukanlah sebuah kereta terbang, ia lebih kepada sebuah quadcopter atau VTOL (Vertical Take-Off and Landing) dengan rekaan tipikal empat buah bilah kipas di setiap sudut kenderaan.

Dinamakan sebagai Cezeri (bukan Hezeri) bersempena dengan jurutera Muslim terkenal era 1200-an, VTOL ini diproduksikan oleh syarikat Bayker Makina. 

Menariknya, pengarah teknikal Bayker merupakan Selçuk Bayraktar, menantu kepada presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan (macam pernah dengar cerita ini ya).

Menurut laporan akhbar tempatan, Ahval News, Bayker Makina merupakan salah satu syarikat teknologi pertahanan terkemuka di Turki dengan kepakaran membangunkan dan memproduksikan kenderaan udara tanpa pemandu.
 


Berdasarkan pemerhatian awal, tiada sebarang komponen kawalan pemanduan diberikan menunjukkan bahawa Cezeri ini mampu terbang secara sendiri (autonomi). 

Cezeri khabarnya disasarkan untuk dijadikan sebagai fleet perkhidmatan seru pandu, atau dijual secara tertutup kepada individu yang berminat. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Model pertama yang bakal menjengah pasaran kelak merupakan sebuah SUV elektrik segmen C yang masih…
Berita Global
Jika sebelum ini mereka tampil dengan sebuah model konsep SUV segmen C, kali ini TOGG membawakan…
Berita Global
Kini, setelah hampir dua tahun, model pertama SUV EV itu diberitakan sudah bersedia untuk memasuki…