SUV Elektrik pertama buatan Turki sedia memasuki fasa produksi

oleh Mohamad Hanif|
Tahun 2019, syarikat automotif nasional pertama Turki TOGG (Turkey's Automobile Joint Venture Group @ Türkiye’nin Otomobili Girişim Grubu) telah memperlihatkan model prototaip SUV elektrik segmen C pertama mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, setelah hampir dua tahun, model pertama SUV EV itu diberitakan sudah bersedia untuk memasuki fasa produksi berdasarkan hantaran di laman Twitter baru-baru ini.

Fasiliti produksi TOGG yang bakal digunakan untuk memasang SUV itu terletak di daerah Gemlik, wilayah Bursa dan dijangka siap sepenuhnya menjelang awal tahun 2022.

 


Selain daripada model SUV, TOGG juga turut memperlihatkan sebuah sedan kompak di mana kedua-duanya didatangkan dengan trenkuasa elektrik sepenuh masa.

Produksi SUV elektrik itu dijangka akan bermula sepenuhnya pada tahun depan, diikuti dengan model sedan. TOGG juga diberitakan akan memperkenalkan tiga lagi model baharu menjelang tahun 2030.

Menurut laporan daripada Daily Sabah, 75 peratus daripada pembekal komponen TOGG terletak di Turki, sementara selebihnya (25 peratus) datangnya daripada Eropah dan Asia.

 


Mengikut spesifikasi, varian aras mula SUV dan sedan itu bakal dilengkapi dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang (!) yang menghasilkan 200 hp.

Varian yang lebih berkuasa pula datang dengan kombinasi motor elektrik pada gandar depan dan belakang, dengan jumlah kuasa keseluruhan 400 hp,  manakala versi tertinggi pula didatangkan dengan pek bateri berkapasiti y ang lebih besar dan mampu menawarkan jarak operasi sejauh 500 km.

Masa pengecasan pula difahamkan mampu mencapai kapasiti 80 peratus dalam masa kurang 30 minit sahaja.

Baca: SUV EV pertama oleh syarikat automotif nasional pertama Turki

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Togg, T10F bukan sekadar sebuah kereta, akan tetapi ia sebenarnya 'sebuah peranti pintar…
Berita Global
"Hari ini, kita menyaksikan impian 60 tahun negara kita direalisasikan. "Togg adalah simbol kepada…
Berita Global
Sejak dibuka pada 16 Mac yang lalu, TOGG telah berjaya menerima sambutan yang cukup…