CEO/Presiden PETRONAS kini terajui Malaysia Airlines Berhad

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu perkembangan terkini, Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelantikan CEO dan Presiden Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin sebagai Pengerusi baharu Malaysia Airlines Berhad (MAB).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Serentak dengan itu, PM juga turut mengumumkan pelantikan rasmi YM Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz sebagai Presiden dan CEO baharu PETRONAS bagi menggantikan tempat TS Wan Zulkiflee itu tadi.

Pelantikan kedua-dua individu tersebut berkuatkuasa 1 Julai 2020 ini.

Sebelum ini, Tan Sri Wan Zulkiflee telah pun berkhidmat dengan PETRONAS selama 37 tahun dan dibawah pimpinan beliau, PETRONAS telah berjaya sebagai salah sebuah syarikat kerajaan yang mempunyai kedudukan kewangan yang cemerlang.

Tan Sri Muhyiddin turut percaya, dengan kepimpinan TS Wan Zulkiflee, syarikat MAB akan dapat distruktur semula dan terus berkembang menjadi syarikat penerbangan nasional yang lebih berdaya tahan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…
Berita Domestik
“Kementerian Kewangan (MoF) tidak akan menyuntik apa-apa tunai atau modal (lagi) kepada syarikat…