Jika MAS tutup: Kerajaan kena bayar RM11.7 bilion

oleh HEZERI SAMSURI|
Kerajaan dijangka terpaksa membayar sehingga RM11.7 bilion jika syarikat penerbangan rasmi negara, Malaysia Airlines Bhd (MAB) ditutup dan hartanya dilelong.

Menurut laporan The Vibes, dokumen bertarikh Disember 2019 dari Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham tunggal MAB menunjukan bahawa kerajaan akan terpaksa membayar sehingga RM3.5 bilion untuk pencairan segera atau berfasa bagi syarikat penerbangan itu dan juga gantirugi pekerja-pekerjanya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat Sdn Bhd, anak syarikat Kementerian Kewangan yang memajak enam pesawat Airbus A380, dua jet A330 dan sukuk berterusan sebanyak RM1.5 bilion yang dilanggan oleh KWSP.

Laporan Khazanah itu dihasilkan ketika ia sedang mencari rakan kongsi yang sesuai untuk MAS. Antara cadangan yang difikirkan ketika itu ialah Japan Airlines Co Ltd dan AirAsia Group Bhd.

 

 

 

Dokumen-dokumen yang dilihat sendiri oleh The Vibes itu menunjukan bahawa Khazanah mengatakan pelan perniagaan 2019-2023 untuk Malaysia Aviation Group Bhd (syarikat pengurusan MAB) dilihat sebagai terlalu optimistik dan mempunyai risiko tinggi untuk penambahan modal.

Khazanah juga berkata sebarang penstrukturan kewangan untuk MAB akan tergendala kerana masalah-masalah penstrukturan yang tidak "diselesaikan".

"Sehingga dan jikalau kekuatan kepimpinan, kecekapan tindakan, pengurusan konsekuens dan budaya berdasarkan prestasi tidak diperbaiki atau dilakukan, sebarang pelan perniagaan untuk MAB akan hanya kekal sebagai perancangan," menurut laporan Khazanah yang dibaca oleh The Vibes.

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan bahawa ia tidak akan menyelamatkan lagi MAB dan terpulang kepada Khazanah untuk menentukan nasib syarikat tersebut.

* Laporan asal dari The Vibes

Berita Berkenaan

Informasi
MAS, Air India, Qantas Australia dan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa adalah antara syarikat…
Berita Domestik
"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan…
Berita Global
Data penerbangan menunjukkan MH122 dalam perjalanan dari Sydney ke Kuala Lumpur, dan berlepas dari…