Menteri Kewangan: Tiada lagi suntikan dana ke MAS

oleh SALINA JALIL|
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menegaskan bahawa kerajaan tidak akan menyuntik dana lagi kepada Malaysia Airlines Berhad (MAB) dan ia bergantung sepenuhnya kepada pemilik tunggalnya, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) untuk menyelesaikannya.


“Kami secara konsisten menyatakan bahawa ini adalah perkara yang Khazanah perlu menyelesaikannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

“Kementerian Kewangan (MoF) tidak akan menyuntik apa-apa tunai atau modal (lagi) kepada syarikat penerbangan melalui Khazanah.


"Oleh itu, Khazanah (sebagai pemilik tunggal) perlu merangka langkah sendiri untuk memastikan kelangsungan Malaysia Airlines,” katanya dalam program Breakfast Grille stesen radio BFM semalam.


Menurutnya, setakat ini kerajaan tidak melihat sebarang sokongan perlu diberikan sebagai jaminan kepada MAB atau memutuskan syarikat penerbangan itu ditutup.


“Ia terpulang kepada Khazanah sebagai pemilik tunggal Malaysia Airlines. Saya tidak pernah cakap akan menutup Malaysia Airline," katanya.
 

Pada Rabu lalu, Reuters melaporkan bahawa syarikat induk Malaysia Airlines, Malaysia Aviation Group (MAG), mengingatkan syarikat pajakan bahawa Khazanah akan berhenti membiayai kumpulan itu, memaksanya kepada proses penutupan jika perbincangan mengenai penstrukturan semula dengan pemberi pajakan tidak berjaya.

 

Peringatan dari MAG adalah meningkatkan kepentingan dalam rundingan untuk penyusunan semula kewangan dikenali sebagai "Plan A" dan menetapkan pelan alternatif untuk mengalihkan dana kepada syarikat penerbangan sekutu, Firefly, menurut surat yang dilihat oleh Reuters.

 

Sebelum ini, Khazanah melihat kepada kemungkinan penggabungan dengan syarikat penerbangan lain, termasuk dengan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, sejak tahun lepas, tetapi tidak berjaya.

 

Pandemik Covid-19 telah menjejaskan industri penerbangan dengan pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia menutup operasi atau berdepan muflis berikutan pintu sempadan ditutup dan pesawat tidak dibenarkan berlepas.

 


Sebelum ini penganalisis penerbangan Endau Analytics telah memberikan pandangan supaya membubarkan MAB seperti yang dinyatakan dalam artikel sebelum ini (di sini)
 

 

TheEdge

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Sama seperti pesawat B737-800 NGnya yang diperbaharui, 737-8 baharu itu turut menampilkan sistem…
Berita Domestik
Bebanan kewangan lain yang perlu dilunaskan ialah pinjaman RM6.7 bilion dari syarikat Turus Pesawat…
Berita Domestik
Serentak dengan itu, PM juga turut mengumumkan pelantikan rasmi YM Tengku Muhammad Taufik Tengku…