CEO baharu Sepang tidak menolak ideea Formula 1 kembali ke Malaysia

oleh HEZERI SAMSURI|
Azhan Shafriman Hanif, Ketua Pegawai Eksekutif baharu Litar Antarabangsa Sepang (SIC) nampaknya tidak menolak idea untuk perlumbaan Formula 1 kembali ke Malaysia.

Shafriman berkata ia bukanlah keutamaan untuk SIC tetapi jika peluang itu ada dan tawarannya menarik, beliau akan menyokong idea itu kerana sukan F1 mempunyai nilai penjenamaan yang tinggi untuk Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Shafriman yang menjadi CEO baharu SIC bermula 8 April lalu menerangkan bahawa SIC tetap perlu berbincang dengan pihak kerajaan kerana kos penganjuran F1 memang tinggi dan wang yang dilaburkan perlu berbaloi untuk kerajaan dan juga peminat sukan itu.

Buat masa sekarang, SIC sedang melihat strategi perniagaan untuk menjana pendapatan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

SIC juga sedang mengkaji kolaborasi bersama pihak-pihak yang berminat untuk penganjuran sukan bermotor secara virtual dan juga untuk menganjurkan acara secara bertutup tanpa kehadiran peminat, sekiranya kerajaan tidak membenarkan perhimpunan ramai dalam tempoh enam bulan.

SIC masih menjadi satu-satunya litar utama untuk penganjuran sukan bermotor di Malaysia. 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Informasi
SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…