Ribut di Sepang jejaskan fasiliti Litar Antarabangsa Sepang

oleh Penyumbang Rencana|
Hujan ribut yang melanda daerah Sepang, Sabtu lalu, turut menjejaskan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang terpaksa berdepan beberapa kerosakan fasiliti.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

SIC yang sedang melaksanakan kerja-kerja penurapan semula trek, bagaimanapun, mengesahkan tiada sebarang kemalangan jiwa ekoran insiden tersebut.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SIC, semua kontraktor dan pasukan keselamatan yang bertugas pada hari berkenaan berada dalam keadaan selamat.

“Berdasarkan penilaian awal, kawasan yang terjejas melibatkan kemusnahan bumbung yang tertanggal kanvasnya, pokok di sekitar SIC tercabut dan papan iklan turut mengalami kerosakan,” kata kenyataan pada Isnin.

Jelas kenyataan tersebut lagi, pihak pengurusan SIC sedang menilai sepenuhnya tahap kerosakkan yang dialami ekoran kejadian itu.

“Untuk memastikan keselamatan pelawat, kawasan tertentu di SIC akan ditutup buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak bagi memberi laluan kerja-kerja pembaikkan dilaksanakan,” ujar kenyataan itu.

Bagaimanapun, operasi harian SIC akan tetap diteruskan seperti biasa.

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan,…
Berita Domestik
  "Persepsi orang ramai sebelum ini SIC adalah tempat untuk orang elit disebabkan kerana mungkin…
Sukan Bermotor
Sebanyak 44 pasukan sudah pun mengesahkan penyertaan mereka di dalam acara eksklusif untuk jentera…