Litar Antarabansa Sepang serius tangani insiden melibatkan kecuaian di dalam litar

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Berikutan beberapa insiden melibatkan kemalangan di litarnya, pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) telah menyatakan kekesalan melibatkan tingkah laku tidak diingini semasa peristiwa tersebut.

SIC memandang serius terhadap perkara itu dan komited untuk menegakkan standard kelakuan, keselamatan dan penghormatan tertinggi untuk semua pengunjungnya.

Keselamatan menjadi keutamaan, SIC sentiasa mengutamakan kesejahteraan dan kepuasan peserta dan pengunjung, di mana mereka akan menyiasat kejadian itu untuk menentukan keadaan sekelilingnya.

SIC kini sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa, penganjur acara dan pasukan keselamatan untuk mengumpulkan semua maklumat yang diperlukan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Ianya selaras dengan komited mereka untuk menegakkan standard profesionalisme tertinggi, integriti, dan semangat kesukanan dalam dunia perlumbaan.

SIC juga sentiasa menggalakkan pengunjung untuk melaporkan sebarang kebimbangan atau insiden segera kepada kakitangan mereka di tapak atau melalui saluran rasminya.

Ikuti SIC di media sosial, @sepangcircuit, untuk maklumat terkini tentang acara dan aktiviti, dan hubungi Perhubungan Media SIC di [email protected] untuk sebarang maklumat lanjut.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Saya sudah berjumpa dengan Dorna dan menyatakan hasrat kerajaan untuk memperbaharui kontrak,"…
Informasi
"Walaupun kita tidak mencapai sasaran 200,000 orang, Alhamdulillah sambutan tetap menggalakkan.…
Berita Domestik
Perkhidmatan bas khas ini akan beroperasi dari tiga lokasi utama: Hab Bas Pasar Seni –…