Casio perkenal Virtual G-SHOCK - Komuniti maya untuk pengguna G-SHOCK

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Casio Computer Co., Ltd. baru-baru ini telah mengumumkan permulaan komuniti interaktif untuk pengguna dengan pelancaran projek Virtual G-SHOCK.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Komuniti maya itu direka untuk berfungsi sebagai titik sentuh antara barisan jam tangan G-SHOCK dan para penggunanya di seluruh dunia.

Untuk meluaskan lagi pangkalan pengguna, Casio memanfaatkan teknologi digital yang berkembang pesat seperti NFT dan metaverse untuk komuniti mayanya, di mana ia membuka peluang kepada projek kreatif bersama dan pengalaman baharu yang lain.

Langkah pertama untuk komuniti Virtual G-SHOCK ialah pelancarannya pada platform Discord, di mana Casio telah mengeluarkan 15,000 pas edisi terhad, iaitu G-SHOCK CREATOR PASS NFT (token tidak boleh diganti).

Pemegang pas tersebut berpeluang untuk mengambil bahagian dalam projek kreatif bersama dan acara yang diadakan dalam komuniti Virtual G-SHOCK.

 

2

 

Pas tersebut telah mula diedarkan secara global melalui sistem blok rantai Polygon bermula 23 September 2023, di mana ia melibatkan beberapa negara iaitu Jepun, Amerika Syarikat, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol, UK, Portugal, Austria, India, Singapura, Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam dan Filipina.

Antara projek kreatif bersama seperti Peraduan Reka Bentuk Warna G-SHOCK CREATOR PASS yang akan menentukan reka bentuk pas merangkumi (warna, bahan, dan corak).

Reka bentuk yang dihantar akan diundi oleh ahli komuniti, dan penyertaan yang menang akan menjadi reka bentuk untuk pas sebenar.

Pelbagai projek lain sedang dalam pembangunan, di mana ia bakal memberikan pengalaman maya baharu oleh Casio untuk para pengguna G-SHOCK.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…