Casio hasilkan G-SHOCK edisi khas sempena sambutan Hari Wanita, GMA-P2100W - RM545

oleh Firdaus Razani|
Jenama jam tangan popular Jepun, Casio memperkenalkan G-SHOCK edisi istimewa bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia iaitu GMA-P2100W.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang diberi sentuhan istimewa untuk sambutan hari istimewa ini.

 

casio

 

GMA-P2100W menampilkan reka bentuk bezel oktagon ikonik 2100, serta warna kuning sebagai penghormatan kepada tradisi Hari Wanita Antarabangsa yang menghargai wanita dengan hadiah bunga mimosa.

Sejak kebelakangan ini, Casio telah mengecilkan saiz jam tangan G-SHOCK untuk memperluaskan barisan model yang boleh dipakai oleh sesiapa sahaja tidak kira jantina.

 

casio

 

Mengambil dari asa GMA-P2100, GMA-P2100W baharu ini menampilkan warna rona kuning lembut yang membangkitkan bunga mimosa pada semua bahagian jam tangan tersebut.

Jam tangan ini juga mempunyai tali yang lebih pendek, untuk memuatkan pergelangan tangan yang lebih ramping dengan keselesaan yang dipertingkatkan.

casio

Bezel dan tali dibuat daripada resin berasaskan bio yang dihasilkan daripada jagung dan sumber organik boleh diperbaharui lain, yang dapat membantu mengurangkan kesan alam sekitar.

Ia turut diberi dengan bungkusan khas yang menampilkan warna kuning mimosa, dan jam tangan tersebut sesuai untuk dijadikan hadiah istimewa kepada seseorang yang istimewa.

 

casio

 

Sebagai usaha Casio untuk menjangkau lebih ramai orang, G-SHOCK juga telah melancarkan "WOMEN OF OUR TIME," sebuah laman web khas yang didedikasikan untuk menonjolkan wanita luar biasa dalam pelbagai bidang.

Dalam laman web tersebut, ada memaparkan video yang dibintangi oleh artis 3D/CG YUKARI, atlet G-SHOCK yang juga pemain skateboard profesional Aori Nishimura, peluncur profesional Sakura Johnson dan pemain skateboard profesional Cocona Hiraki.

casio

Ia membawa mesej daripada jenama G-SHOCK yang bermaksud dunia di mana wanita boleh bercita-cita menjadi apa sahaja dan sesiapa sahaja yang mereka mahu.

Harga jualan untuk model G-SHOCK GMA-P2100W terbaharu ini adalah RM545.

Pautan laman web khas : https://gshock.casio.com/my/contents/unstoppable_me/women-of-our-time/

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Oleh itu, Casio baharu sahaja mengeluarkan koleksi varian warna baharu pada jam tangan G-Shock…
Gaya Hidup
Jam tangan yang nampak gagah ini merupakan model G-SHOCK pertama yang menggandingkan kombinasi…
Berita Domestik
Jelajah pop-up itu bakal menampilkan rangkaian koleksi G-SHOCK 40th Anniversary, termasuk siri…