Casio Malaysia lancar Edifice 6K Carbon - kolaborasi dengan pasukan Scuderia AlphaTauri! 

oleh HEZERI SAMSURI|
Untuk peminat jam tangan, Casio Malaysia telah melancarkan tiga model terbaharu untuk produk kronograf badan logam Edifice mereka.

Model-model EQB-100AT, ECB-10AT dan EFS-S590AT ini mempunyai komponen yang dibuat menggunakan bahan karbon 6K, hasil jalinan lebih dari 6,000 gentian karbon, menjadikan ia ringan tetapi lebih kuat dari keluli.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ketiga-tiga model tersebut dibuat khusus dengan kolaborasi pasukan lumba Formula Satu Scuderia AlphaTauri, pasukan Pierre Gasly yang muncul juara GP Itali bulan September tahun lalu.

Casio sudah menjadi rakan rasmi pasukan tersebut sejak tahun 2016, ketika ia masih menggunakan nama Scuderia Toro Rosso.

Penggunaan bahan karbon 6K untuk jam-jam tersebut adalah sinonim dengan bahan yang digunakan dalam kereta lumba Formula Satu, iaitu untuk bahagian sayap-sayap dan juga lantai.

Kesemuanya juga menggunakan kaca "sapphire crystal" untuk menjadikan ia kukuh dan tidak mudah pecah. Di bawah ialah penerangan untuk setiap jam tersebut.

 

 

Casio Edifice EQB-1000AT Scuderia AlphaTauri
Harga: RM3,299
Tali jam: Cordura
Asas jam: EQB-1000 Automatik dengan sistem Tough Solar
Saiz badan jam: 49.9 x 45.7 x 9.8 mm
Berat: 71 g
Kedalaman air maksimum: 100 m
Fungsi: Paparan waktu untuk dua bandaraya
Ciri-ciri lain: Penggunaan karbon 6K untuk bezel dan muka jam (dial), penggunaan aplikasi Mobile Link melalui Bluetooth untuk tetapan masa serta pilihan waktu dunia bagi 300 bandaraya, caj penuh memberikan operasi selama 19 bulan.

 

 

Casio Edifice EFS-S590AT Scuderia AlphaTauri
Harga: RM1,999
Tali jam: Besi stainless
Asas jam: EFS-S590 Automatik dengan sistem Tough Solar dengan badan senipis 9.9 mm.
Saiz badan jam: 50.0 x 45.3 x 9.9 mm
Berat: 133 g
Kedalaman air maksimum: 100 m
Fungsi: Ring luar boleh pusing untuk menunjukan baki masa yang tinggal
Ciri-ciri lain: Penggunaan karbon 6K untuk gelang luar permukaan jam, caj penuh memberikan operasi selama 6 bulan.

 

 

Casio Edifice ECB-10AT Scuderia AlphaTauri
Harga: RM1,399
Tali jam: Resin
Asas jam: ECB-10 dengan fungsi Schedule Timer
Saiz badan jam: 51.0 x 48.5 x 12.5 mm
Berat: 110 g
Kedalaman air maksimum: 100 m
Fungsi: Fungsi Mobile Link dengan sambungan ke henfon melalui Bluetooth untuk aplikasi kalendar (iOS Calendar dan Google Calendar)
Ciri-ciri lain: Penggunaan karbon 6K untuk muka jam (dial), bateri CR2016 tahan 2 tahun.

Ketiga-tiga model ini boleh didapati di mana-mana G-SHOCK Kiosk, G-Factory dan wakil penjual rasmi Casio.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
Casio pada asalnya mengeluarkan Casiotron pada tahun 1974, mencipta kejayaan dengan jam tangan…
Gaya Hidup
Casio G-SHOCK GMA-P2100W merupakan tambahan baharu kepada barisan kompak G-SHOCK GMA-P2100 yang…
Gaya Hidup
Casio Edifice ECB-2200HTR ini membawakan semangat Honda Type R menerusi pemilihan warna, bahan dan…