Casio GMW-B5000MB kini di Malaysia, dari RM2799

oleh Mohamad Hanif|
Casio Malaysia membawakan jam tangan G-SHOCK terbaharu GMW-B5000MB dengan harga jualan bermula dari RM2,799.

Menggunakan asas daripada GMW-B5000, jam tangan G-SHOCK ini menampilkan reka bentuk muka berpetak daripada jam tangan G-SHOCK yang pertama, dengan kemasan akhir yang tampak premium dan mewah.
 

G-shock


Seperti contoh, casis jam tangan menampilkan kemasan hitam kusam, bahagian sisi bezel pula menampakkan tekstur metalik, diikuti dengan kemasan hitam berkilat pada bahagian skru, butang fungsi dan bahagian yang lain.

Selain daripada kuasa Tough Solar, binaan tahan hentakan dan kalis air sedalam 200 meter, GMW-B5000MB juga mempunyai fungsi penerimaan frekuensi radio, serta sambungan kepada peranti pintar yang membolehkan pengguna menetapkan beberapa fungsi berbeza seperti penggera, waktu dunia, dan tetapan yang lain.
 

Casio


Fungsi pencarian peranti pintar juga boleh diaktifkan sekiranya ia ditambatkan dengan aplikasi G-SHOCK Connected.

Jam tangan G-SHOCK GMW-B5000MB ini boleh didapati di kesemua pengedar sah Casio, G-SHOCK Stores, G-Factory serta laman web Casio E-Commerce pada harga bermula RM2,799.

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
MRG-B5000 ini membawakan rekaan penghormatan kepada DW-5000C, penampilan premium yang unggul dan…
Gaya Hidup
Dibangunkan menggunakan asas GM-2100, Jam Bulan ini menampilkan rekaan bezel logam berbentuk…
Gaya Hidup
Sebagai sokongan kepada pasukan Harimau Malaysia, Casio Malaysia telah melancarkan jam tangan edisi…