Carro umum pelaburan strategik dalam Driven Communications

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Platform kereta terpakai atas talian terbesar di Asia Tenggara, Carro telah mengumumkan pelaburan strategik ke dalam Driven Communications, terdiri dari portfolio laman web termasuk paultan.org, carbase.my dan oto.my.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

paultan.org merupakan antara laman web automotif bebas yang pertama dan terbesar di Malaysia, menarik lawatan aktif bulanan

Dengan penekanan pada ulasan dan editorial bebas, paultan.org telah berkembang menjadi jenama isi rumah dengan pengikut setia yang ramai.

Sebagai sebahagian daripada pelaburan, Ketua Pegawai Eksekutif bersama Driven Communications, Paul Tan dan Harvinder Singh akan terus menerajui perniagaan itu.

Lembaga pengarah akan kekal tidak berubah dan pekerja akan diberi jaminan untuk meneruskan pekerjaan, dimana Driven Communications juga akan terus mempunyai autonomi sepenuhnya ke atas arahan dan keputusan editorial.

Secara strategik, pelaburan itu juga merupakan langkah proaktif untuk menggalakkan keterbukaan dan kebebasan.

Pemerolehan iklan dan tapak automotif terkini oleh rakan pemain industri telah mengakibatkan pelbagai peniaga/platform disekat.

Perkara tersebut sekaligus menyekat persaingan sihat dan akses pelanggan di seluruh rantau, dimana Carro berharap ianya dapat diubah.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam…
Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…