Raya bersama Carro dengan tawaran dan hadiah menarik

oleh Firdaus Razani|
Platform kereta terpakai popular di Malaysia, Carro menyajikan iklan raya berjudul ‘Siapa Siti?’ yang mula ditayangkan sejak 27 Mac di saluran YouTube mereka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dalam perjalanan pulang ke kampung untuk beraya.

Ia bermula dengan seorang ibu yang secara tiba-tiba meminta anaknya mengejar sebuah kereta berwarna oren untuk bertemu ‘Siti’ walaupun keluarga itu terperangkap dalam kesesakan.

Memikirkan ibunya ternampak ahli keluarga yang telah lama hilang, lelaki itu segera mengejar dan memintas kereta lain.

Tetapi kerana tidak berjaya dalam usaha mengejar kereta oren tersebut, keluarga itu akhirnya hilang harapan untuk bertemu 'Siti'.

Walau bagaimanapun, mereka  berjaya bertemu semula dengan kereta oren itu kawasan hentian.

Dengan penuh gembira, si ibu berlari keluar menuju ke arah ‘Siti’, tetapi pemandu yang keluar dari kereta oren tersebut ialah seorang lelaki bertubuh sasa.

Akhirnya, barulah mereka faham bahawa 'Siti' yang dimaksudkan ialah Honda City milik keluarga ini yang mereka telah 'trade-in' dengan Carro pada tahun lepas.

Walaupun telah dicat semula dan kelihatan serba baharu, ibu itu mengenali nombor plat kereta terbabit dan mengimbau jasa kereta kesayangan suaminya itu yang telah meninggal dunia.

Berbeza dengan norma genre raya yang lazimnya sangat menyayat hati, Carro menonjolkan keriuhan perjalanan pulang ke kampung dalam sebuah aksi kejar-mengejar kereta yang mendebarkan dan mencuit hati.

Ayat penutup filem ini iaitu “Di mana ada keluarga, di situ ada jalan”, sememangnya menzahirkan semangat raya dan nilai Carro.

Filem ini boleh ditonton di saluran YouTube Carro Malaysia dan di cawangan Carro.

 

 

Sempena sambutan Aidil Fitri, pelanggan yang membeli kenderaan Carro Certified mulai 18 Mac akan menikmati diskaun hebat, baucar dan hadiah cabutan bertuah.

 

carro

 

Mereka juga boleh menikmati diskaun sehingga RM8,000 untuk kereta Carro Certified terpilih.

 

carro

 

800 pelanggan pertama yang menempah kenderaan akan menerima baucar diskaun 30% untuk perkhidmatan Baik Pulih Badan & Mengecat Carro Care, baucar diskaun 10% untuk perkhidmatan penyelenggaraan Carro Care dan baucar diskaun 10% untuk pembaharuan insurans.

 

carro

 

Pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah seperti pulangan tunai bernilai RM5,000, TV Android Philips 43” bernilai RM1,800, baucar Habib bernilai RM1,000 dan baucar petrol.

 

carro

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penamaan semula ini akan menyaksikan 'Carro' digabungkan merentasi rangkaian produk dan…
Berita Domestik
Carro yang juga memiliki myTukar adalah antara platform jualan kenderaan terpakai terbesar di…
Berita Domestik
Carro yang juga merupakan syarikat induk bagi myTukar juga telah melebihi sasaran keuntungan untuk…