Ford Ranger Carlex Design buat Ranger Raptor nampak jinak!

oleh Mohamad Hanif|
Memang tidak dapat dinafikan, rekaan dan binaan Ford Ranger Raptor sememangnya merupakan satu idaman buat para peminat trak pikap, termasuklah penulis yang pada mulanya tidak menyukai kenderaan genre sebegini.

Namun, anda mungkin akan melupakan kehadiran Ranger Raptor setelah melihat hasil kerja yang dibawakan oleh Carlex Design ini - cukup garang dan mempersonakan!

 


Jika dilihat seimbas lalu, boleh dikatakan hampir setiap aspek dan sudut asal Ford Ranger telah diberikan penumpuan bagi menjadikan penampilannya lain dari yang lain.

Seperti contoh, muka hadapan kini didatangkan dengan rekaan gril serba baharu dengan layangan warna hitam matte beserta penjenamaan Carlex Design.

 


Sementara bumper hadapan pula didatangkan dengan rekaan yang lebih kompleks, penuh dengan garisan dan hujung yang tajam serta diakhiri dengan pemasangan skid plate keluli bagi melindungi bahagian bawah kenderaan ketika memasuki kawasan off-road.

Bahagian sisi trak pikap ini pula dihiasi dengan pemasangan fender flare yang tampak lebih lebar berbanding Ranger Raptor itu sendiri, diikuti dengan side step dan rock slider, serta set rim aftermarket yang dibaluti tayar BF-Goodrich jenis All-Terrain.

 


Ruang kabin pula didatangkan dengan roda stereng dengan balutan kulit serba baharu serta tempat duduk balutan kulit hitam dan Alcantara yang dikontraskan dengan jahitan perak.

Jika diparkir bersebelahan dengan Ford Ranger Raptor, ternyata mata-mata akan lebih tertumpu kepada rekaan Ranger Carlex Design yang lebih agresif ini!

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu kerjasama yang sudah pun diketahui adalah penghasilan trak pikap bersaiz sederhana di…
Berita Domestik
  Para pelanggan berpeluang mendapat faedah dengan penjimatan yang ditawarkan untuk alat ganti dan…
Pelancaran
Dari segi luaran, Ford Ranger FX4 didatangkan dengan penggayaan yang tersendiri seperti reka bentuk…