Campulance - dulu bekas ambulans, kini menjadi sebuah recreational vehicle

oleh Mohamad Hanif|
Di negara kita, kebanyakan ambulans dibina daripada asas sebuah van seperti Toyota Hiace yang paling popular, diikuti beberapa jenama lain seperti Iveco dan Maxus yang lebih besar dimensinya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kebanyakan van sebegini dipilih bagi memudahkan pengendalian di jalan bandar, terutama ketika mengharungi kesesakan trafik, dan juga meredah laluan kecemasan yang kadang kala terhalang akibat segelintir pemuda yang pentingkan diri sendiri. 

Namun, bagi beberapa buah negara seperti Amerika yang mementingkan segalanya perlulah berdimensi besar, ambulans dibina daripada sebuah casis trak bersaiz medium (Class 3 - Class 6) dengan had muatan maksimum kira-kira 11,000 kg.

Jadi, apakah yang perlu dilakukan sekiranya ambulans/trak bersaiz medium ini tidak lagi digunakan dalam perkhidmatan mengangkut pesakit?

Jadikan ia sebagai sebuah recreational vehicle (RV)!
 


Ambulans RV atau lebih mesra digelar Campulance ini asalnya merupakan sebuah trak Chevrolet Kodiak (bukan Kokdiang!) C4500 tahun 2008 dengan enjin 6.6 liter Duramax (300 hp/705 Nm) yang berupaya menarik beban yang terbina di atas casis jenis cutaway ini dengan mudah.
 


Pemilik RV ini masih mengekalkan peralatan asal yang ada pada bekas ambulans ini dan menambah keupayaan untuk menunda sebuah 'rumah kecil' di bahagian belakang, termasuklah ciri kamera undur untuk keselamatan. 

Saksikan video daripada saluran video Living Big in A Tiny House mengubah nasib sebuah bekas ambulans menjadi sebuah RV yang cantik ini. 

 

Berita Berkenaan

Gaya Hidup
RV yang unik ini dihasilkan oleh Marchi Mobile dan ia menggandingkan penggunaan bahan-bahan yang…
Gaya Hidup
Ia sebenarnya merupakan akronim kepada All-Season, Electric, Off-road, New and modern RV - syarikat…
Berita Global
Kali ini, kami membawakan contoh sebuah RV moden yang boleh anda dapatkan (sekiranya tahu lubang…