eleMMent Palazzo - RV dari angkasa lepas

oleh Mohamad Hanif|
Jika Hyundai Staria dilihat sebagai sebuah minivan kapal angkasa lepas, eleMMent Palazzo ini bolehlah disifatkan sebagai sebuah kenderaan rekreasi (RV) dari angkasa lepas!
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

RV yang unik ini dihasilkan oleh Marchi Mobile dan ia menggandingkan penggunaan bahan-bahan yang terbaik serta mengikuti segala landas-landas kejuruteraan dan aerodinamik yang terbaik.
 

RV


Hasilnya, sebuah konsep yang cukup tersendiri dan 'lari' daripada kebiasaan RV yang kita pernah lihat di dalam dunia ini.

eleMMent Palazzo ini menggunakan casis trak Volvo dengan enjin yang mampu menghasilkan kuasa sehingga 600 hp, serta mempunyai binaan dua tingkat dengan keluasan 68 meter persegi yang lengkap dengan kemudahan 'Sky Lounge'.
 

RV


Dengan rekaan yang aneh itu juga membolehkan eleMMent Palazzo mencapai kadar kecekapan penggunaan bahan api 20 peratus lebih jimat berbanding RV standard.

Spesifikasi penuh (dan panjang itu) anda boleh baca di laman web Marchi Mobile, dan harus diingatkan kos untuk RV futuristik ini bermula dari $3 juta (RM12.56 juta).

Berita Berkenaan

Informasi
  "Susulan kunjungan awal Caravaning Industrie Verband e.V. (CIVD) (Persatuan Industri Karavan),…
Berita Domestik
Penyerahan sijil VTA kepada Ketua Pegawai Eksekutif Knaus Tabbert AG, Wolfgang Speck itu…
Berita Global
Sebuah syarikat pemula dari Latvia, Zeltini telah mengemukakan idea menarik di mana satu binaan…