BYD pengeluar pertama pasang 6 juta kenderaan tenaga baharu (NEV)

oleh Mohamad Hanif|
BYD merupakan syarikat automotif pertama di dunia yang telah menghasilkan 6,000,000 unit kenderaan tenaga baharu (NEV) sejak 2008.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Angka tersebut merangkumi kenderaan-kenderaan tenaga baharu seperti plug-in hybrid (PHEV), kenderaan yang dilengkapi ciri penambah jarak (range extender) dan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV).

Model yang ke-enam juta dihasilkan oleh BYD merupakan Fang Cheng Bao Leopard 5 yang keluar dari barisan produksi kilang Zhengzhou, di mana produksi SUV itu telah bermula pada bulan ini.

BYD mengambil masa kira-kira 13 tahun untuk mencapai satu juta unit NEV, sebelum tempoh tersebut dikurangkan kepada hanya satu tahun sahaja untuk mencapai angka dua juta unit.

Selepas daripada itu, BYD hanya mengambil masa kira-kira enam bulan sahaja untuk mencapai angka produksi tiga juta unit, dan sembilan bulan untuk mencapai tambahan dua juta unit produksi.
 

bao


Disebabkan oleh peningkatan kapasiti produksi, angka enam juta unit itu berjaya dicapai dalam tempoh tiga bulan sahaja.

Setakat ini, BYD mempunyai sembilan kilang pemasangan kenderaan PHEV dan BEV, terletak di Xian, Jinan, Zhengzhou, Changzhou, Xiangyang, Hefei, Changsha, Fuzhou dan Shenzen.

BYD juga kini merancang untuk mendirikan kilang baharu di luar China, termasuklah di Thailand dan juga Brazil.

Harus diingat bahawa pencapaian BYD ini hanyalah spesifik untuk kategori NEV semata-mata, memandangkan terdapat pengeluar lain yang telah menghasilkan kenderaan bereletrik pada jumlah yang lebih besar.

Seperti contoh, Toyota mengumumkan angka produksi kenderaan hibrid pengecasan kendiri sebanyak 15 juta unit pada tahun 2020, sementara Tesla pula mencapai angka pengeluaran EV sebanyak lima juta unit pada September 2023 yang lalu.

Baca: BYD Fang Cheng Bao Leopard 5

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ia sebagai meraikan perkongsian BYD sebagai rakan kongsi rasmi UEFA EURO 2024™. Bagi pelanggan…
Berita Global
BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,…
Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…