Jualan turun 43 peratus - BYD serah takhta kembali ke Tesla

oleh HEZERI SAMSURI|
Syarikat EV terbesar China, BYD terpaksa menyerahkan kembali takhta jualan EV terbesar dunia kepada Tesla selepas ia melihat penurunan pada jualannya.

Jualan EV BYD turun sebanyak 43 peratus untuk suku pertama tahun 2024 berbanding jualan mereka untuk suku keempat tahun lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

BYD menjual sebanyak 526,409 unit kenderaan dalam tiga bulan terakhir 2023, berbanding dengan 300,114 unit bagi tiga bulan pertama 2024.

Namun begitu, jualan suku pertama BYD tahun ini sebenarnya lebih tinggi dari tempoh yang sama dalam tahun 2023. 

Tesla menjual 386,810 unit untuk tiga bulan pertama tahun ini - yang sebenarnya menunjukkan penurunan 20.2 peratus berbanding suku keempat 2023 dan penurunan 8.5 peratus berbanding suku pertama 2023.

Jenama EV dari US itu menunjukkan peningkatan sedikit (0.2 peratus) dalam jualan mereka di China untuk bulan Mac berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

BYD bagaimanapun cuba bangkit semula dengan strategi penurunan harga bermula Februari lalu - antara 5 ke 20 peratus untuk kesemua barisan produk mereka.

BYD mensasarkan jualan sebanyak 3.6 juta unit bagi tahun 2024, peningkatan 20 peratus berbanding jualan tahun 2023.

Namun begitu, pasaran EV yang dijangka lembab di China untuk tahun ini bakal menjadi cabaran kepada BYD dan Tesla.

Peperangan harga EV yang semakin memuncak di China hanya akan dilihat sebagai satu langkah jangka masa pendek yang bakal menggugat strategi keseluruhan syarikat-syarikat itu.

Pasaran China juga menerima pemain baharu, Xiomi yang kini sedang melonjak naik akibat penerimaan positif dari pasaran di sana, menjadikan nilai pasaran jenama itu meningkat kepada US$7.6 billion - lebih tinggi dari GM dan Ford.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brian Gu, Presiden dan Naib Pengerusi untuk Xpeng Motors, teknologi pemanduan pintar (smart…
Berita Domestik
Pusat 3S terbaharu ini akan diuruskan oleh BYD Sing Kwung Motors, kemudahan baharu ini bertujuan…
Berita Global
Dengan pasaran EV yang berkembang pesat, pembuat EV dari Amerika Syarikat itu kini menghadapi…