Fang Cheng Bao Bao 5 2024 dilancarkan di China, SUV off-road 1.5L PHEV, 677 hp, 760 Nm

oleh Mohamad Hanif|
Tahukah anda, BYD kini mempunyai sebuah lagi sub jenama baharu yang dikhususkan untuk model SUV off-road?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ya, beberapa bulan lepas Careta pernah melaporkan tentang kewujudan jenama baharu Fang Cheng Bao menerusi model SUV pertama mereka, Leopard 5 (Bao 5).

Dalam sebutan China, Fang Cheng Bao menggambarkan gandingan antara ketepatan (Fangcheng = formula) dan kelincahan (Bao = harimau bintang).
 

bao


Berdasarkan laman Car News China, SUV Bao 5 ini dibangun menggunakan pelantar Dual Mode Off-road (DMO) Super Hybrid Platform, dengan membawakan ukuran sepanjang 4,890 mm, lebar 1,970 mm, tinggi 1,920 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,800 mm.

Ia juga menawarkan sudut pendekatan 35 darjah, sudut pelepasan 32 darjah dengan jarak lega bumi minimum 220 mm.

Sistem gantungan pula terdiri daripada tetapan double-wishbone untuk gandar depan dan belakang.
 

bao 5


Dari segi kuasa, ia dibekalkan dengan dua motor elektrik (271 hp depan, 382 hp belakang) yang dipadankan dengan enjin 1.5 liter turbo (181 hp), menawarkan sehingga 16 mod pemanduan.

Secara keseluruhan, Bao 5 mampu menghamburkan kuasa setinggi 677 hp dan daya kilas 760 Nm, dengan pecutan 0-100 km/j dalam masa 4.8 saat.

Sistem plug-in hybrid ini turut menampilkan pek bateri LFP 31.8 kWh, dengan sistem pengecasan pantas DC 100 kW (SoC 30-80 peratus dalam 16 minit), serta fungsi pengecasan kenderaan-ke-kenderaan (V2V) dan vehicle-to-load (V2L) 6 kW.
 

bao 5


Dengan tangki bahan api sebesar 85 liter, Bao 5 mampu bergerak sejauh 1,200 km.

Ruang kabin Bao 5 ini menampilkan dua skrin sebesar 12.3 inci, diikuti skrin tengah bersaiz 15.6 inci, gugusan butang kawalan pada konsol tengah, tempat duduk balutan kulit Nappa, serta sistem audio DEVIALET dengan 18 pembesar suara.

Struktur kerangka Bao 5 terdiri daripada 96 peratus keluli berkekuatan tinggi, di mana ia dikatakan 10 kali lebih kuat berbanding kerangka standard industri.
 

bao


Bao 5 juga turut dibekalkan dengan 11 beg udara, serta kelengkapan keselamatan ADAS Tahap 2+ untuk semua varian.

Harga jualan di pasaran China bermula dari 289,900 yuan (RM189,154).

Dengan pelancaran Bao 5, BYD kini mempunyai tiga sub-jenama premium - Denza, Fang Cheng Bao dan YangWang di mana pendekatan ini bukanlah satu perkara yang aneh untuk sebuah jenama China.

Seperti contoh, pesaingnya Chery kini mempunyai beberapa sub-jenama yang terdiri daripada Omoda, Jaecoo, Exeed dan juga Exlantix.

Sumber: Car News China

Berita Berkenaan

Berita Global
Fang Cheng Bao merupakan jenama yang dihasilkan khusus untuk produk-produk SUV, dan diposisikan…