Buzzsaw Boss Hog Chopper - asalnya sebuah e-skuter, jarak gerak 80 km sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Tidak mahu menjadikan skuter/motosikal elektrik terlalu membosankan, syarikat Jigsaw Electronics mendapat idea untuk menghasilkan sebuah skuter elektrik dengan gaya chopper.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dinamakan sebagai Buzzsaw Boss Hog Chopper, ia menampilkan kerangka logam one-piece yang lengkap dengan sistem suspensi depan dan belakang, brek cakera hidraulik, sistem pencahayaan LED penuh, serta roda aloi aluminium yang dibaluti tayar tanpa tiub.

Selain itu, terdapat juga sistem paparan LED yang akan memaparkan data seperti kelajuan serta tahap pengecasan/tenaga bateri.
 

EV


Di bahagian bawah ruang tengah yang kosong itu, pihak Jigsaw menempatkan pek bateri lithium 30-Ah yang mampu menyalurkan tenaga kepada motor elektrik berkuasa 3,000 watt (4.02 hp) pada roda belakang.

Bateri boleh dicabut itu mampu dicas selama empat hingga enam jam yang membolehkan anda bergerak sejauh 80 km dengan kelajuan tertinggi 80 km/j.

Tidak seperti motosikal chopper yang rata-ratanya berat, Buzzsaw Boss Hog Chopper ini cuma seberat 90 kg sahaja namun mampu menampung muatan maksimum sehingga 204 kg.

Chopper elektrik ini boleh didapati menerusi laman web kempen Indiegogo, dengan harga runcit cadangan bermula dari $1,900 (RM7,958).

 

Berita Berkenaan

Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…
Berita Global
Diperlihatkan buat kali pertama pada September yang lalu, Honda Motocompacto merupakan satu tribut…