Bufori hasilkan La Joya Year of Dragon: harga dari RM850k

oleh Firdaus Razani|
Bufori hasilkan sebuah lagi kenderaan super mewah edisi khas "Year of the Dragon" untuk model La Joya yang bersempena dengan Tahun Naga mengikut tahun zodiak Cina pada tahun ini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bufori telah membina sebuah La Joya istimewa ini, khusus untuk memenuhi permintaan seorang pelanggan mereka.

Pada model ini, ia menampilkan gabungan dua tona warna iaitu warna utama model adalah warna “Burnt Orange” dan warna hitam pada bumbung.

 

bufori

 

Dengan warna khusus dan padanan reka bentuk klasik mewah model ini, ia pasti akan menarik perhatian ramai apabila ia berada di atas jalan raya.

Selain itu, untuk ruang dalaman ia menggunakan trim Tobacco dan lebih menariknya, ia menampilkan sulaman imej naga pada bahagian sandaran kepala.

 

bufori

 

Kehadiran sulaman khas tersebut membawakan lagi tema edisi yang dipanggil Year of Dragon pada ruang dalaman kereta ini.

Menurut Bufori, proses sulaman itu sahaja mengambil masa sekitar enam bulan untuk disiapkan, bermula dari lakaran hingga selesai sulaman tersebut.

 

bufori

 

Untuk enjin dan trenkuasa, La Joya edisi khas ini dinadikan dengan enjin 2.7 liter Naturally Inspirated V6 yang memacu pada roda belakang (RWD).

Dengan enjin tersebut, ia menghasilkan kuasa output sehingga 170hp pada 6,000rpm dan tork sebanyak 245Nm pada 4,000rpm.

Bufori La Joya edisi khas ini juga merupakan satu-satunya model khas yang menggunakan gearbox dengan transmisi manual enam kelajuan.

Harga Bufori La Joya bermula dari RM850,000 dan segala item opsyenal akan mempunyai kos tambahan.

 

bufori

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori,…
Informasi
Nama Bufori sendiri mempunyai maksud yang unik: B - Beautiful, atau cantik U - Unique F -…