Proton Prevé Ute - ini cerita sebenar

oleh HEZERI SAMSURI|
Sekali sekala, gambar Proton Prevé dalam bentuk trak pikap akan muncul di media sosial.

Ia bukannya Prevé yang dihasilkan sendiri untuk kerja-kerja ladang sawit, tetapi sebenarnya ia adalah satu-satunya unit Prevé pikap yang wujud di dunia dan Careta menghubungi pemiliknya, Bufori Motor Car Company untuk mengetahui lebih lanjut kisah sebenar Prevé unik itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut Felix Haller, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Pasaran Antarabangsa untuk Bufori, prototaip itu mempunyai nama rasmi - Proton Prevé Ute.

Perkataan "ute" diambil dari slanga Australia yang berasal dari perkataan "utility" dan sering digunakan untuk kenderaan pikap kecil yang diasaskan dari kereta penumpang dengan pacuan roda hadapan.

Proton dahulu pernah menghasilkan model dengan konsep yang sama, iaitu Proton Arena atau Proton Jumbuck dan ia dapat dijual di Australia dan juga di Malaysia.

 

 

 

Sayangnya, konsep itu terlalu awal untuk Malaysia dan ia tidak begitu laris ketika itu. Arena cuma mula digilai selepas ia tamat dihasilkan. 

"Projek Proton Prevé Ute ini dihasilkan dalam tahun 2016 dan memang direka untuk menjadi pengganti kepada Proton Arena," ujar Haller.

Bufori mensasarkan Prevé Ute ini kepada kelompok peniaga kecil atau pemandu muda urban yang mahukan praktikaliti sebuah trak pikap tetapi dengan keselesaan sebuah kereta sedan.

Penggunaan kerangka "monocoque" sedan juga menjanjikan pemanduan yang sejuta kali ganda lebih seronok dari trak pikap dengan kerangka "ladder". 

"Untuk membuktikan ia boleh dilakukan, kami membina sebuah "proof of concept" dan menukarkan sebuah Proton Prevé  1.6 CFE Turbo kepada Ute," jelas Haller.

 

 

"Di samping itu, kami juga menyelitkan beberapa ciri-ciri modern seperti pilihan nisbah transmisi menggunakan butang dan juga brek parkir elektronik."

Sebenarnya, nilai kejuruteraan yang dihasilkan oleh jurutera-jurutera Bufori bukannya calang-calang.

Ini ialah syarikat automotif yang berpengkalan di Malaysia sejak tahun 1998 dan sama seperti Proton dan Perodua, ia mampu membina sebuah kenderaan dari rekaan sendiri secara 100 peratus.

Tidak seperti Perodua dan Proton, Bufori tidak mempunyai rakan kongsi dan ia masih wujud sehingga sekarang, menjual kenderaan neo-klasik mereka seperti model Geneva dan akan datang, model CS.

Berbalik kepada Proton Prevé Ute itu, Haller berkata projek itu ditolak oleh Proton.

"Mungkin mereka gagal untuk melihat wujudnya pasaran untuk Ute ini," Haller berkata.

 

 

Proton ketika itu memang terkenal dengan membuat kejutan-kejutan industri automotif berdasarkan kajian pasaran unik mereka.

Antara contoh lain yang Careta sendiri arif ialah bila salah seorang CEO Proton suatu ketika dahulu menolak cadangan untuk menghasilkan MPV kerana "tidak ada sesiapa mahu memandu MPV yang membosankan." 

Tidak lama selepas itu, Toyota melancarkan Avanza dengan harga mampu milik dan Proton hanya mampu melihat dari jauh.

Tetapi mungkin ada kebenarannya Prevé Ute tidak akan laku kerana jika kita lihat pasaran kenderaan negara, trak pikap "tidak begitu popular".

Mungkin sekarang ini veteran-veteran di dalam Proton boleh sedar akan kekurangan ilmu di dada dan menerima teguran dari tuan baharu serta pemimpin-pemimpin tempatan yang berpengalaman yang mahu membantu.

 

 

Apapun, di bawah ialah beberapa lagi ciri Proton Prevé Ute yang ramai tidak tahu:

1. Lantai kargo belakang yang rata tanpa diganggu lekuk tayar belakang.

2. Ruang simpanan bawah lantai belakang yang boleh dikunci - khusus untuk menyimpan alatan atau barang-barang berharga.

3. Tempat duduk hadapan yang boleh dilaras kedudukannya, tidak seperti Arena yang memaksa pemandu duduk keras mengejung seperti mayat berusia seminggu.

 

 

4. Tempat letang barang tambahan di dalam kabin.

5. Butang gear sporti ala Lotus atau Aston Martin.

6. Brek parkir elektronik.

7. Roda aloi rekabentuk lebih cantik.

Sebelum mengakhiri perbualan, Haller berkata Prevé Ute ini memang didaftarkan untuk kegunaan syarikat dan ia masih kekal digunakan sebagai "work horse" yang setia.

"Sampai sekarang kami masih menerima pertanyaan, di mana kami boleh beli Ute ini?" kata Haller sambil tersenyum. 

* Skrol ke bawah untuk melihat galeri gambar-gambar Proton Preve Ute.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati, kereta jenis Proton Waja dinaiki dua mangsa itu dari Kuantan menuju ke…
Berita Domestik
"Selepas mencatat rekod jualan baharu pada 2023, jumlah volum industri (TIV) bagi pasaran automotif…
Berita Domestik
PROTON telah menyumbangkan koleksi bahan bacaan kepada SMK Proton City di Tanjong Malim dan…