BSH anjur kempen 'BELI Honda VARIO DAN MENANG' - 2 tiket tayangan perdana filem MALBATT untuk dimenangi

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Boon Siew Honda (BSH) kini sedang menganjurkan kempen BELI Honda VARIO DAN MENANG, yang telah bermula dari 13 Julai 2023 hingga 31 Julai 2023.

Melalui pembelian Honda Vario 160 atau Vario 125 sepanjang tempoh kempen, pelanggan bertuah berpeluang untuk memenangi dua tiket ke tayangan perdana filem MALBATT : Misi Bakara yang dibintangi oleh Hairul Azreen.

Pemenang bertuah terpilih akan menyertai tayangan perdana yang akan berlangsung pada 8 Ogos 2023 di IOI City Mall, Putrajaya.

Semua pelanggan yang membeli Honda Vario 160 atau Vario 125 di semua cawangan Honda Impian X sepanjang tempoh kempen itu berpeluang untuk merebut 2 tiket tayangan perdana filem tersebut.

Pengumuman untuk pemenang akan dibuat pada 2 Ogos 2023.

 

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Honda BeAT 2024 tampil dengan kemaskini luaran baharu yang merangkumi panel badan, lampu LED depan…
Informasi
Honda Vario 160 masih mengekalkan enjin yang sama iaitu enjin satu silinder 157cc penyejuk cecair…
Pelancaran Motosikal
CRF250 menggunakan nadi enjin 250cc DOHC empat lejang penyejuk cecair yang memberi kuasa output…