Bridgestone taja pasukan UiTM berentap di World Solar Challenge, Australia

oleh Mohamad Hanif|
Acara berprestij yang terkenal di seluruh dunia, Bridgestone World Solar Challenge kini kembali untuk tahun 2019 membawakan cabaran yang hadir daripada seluruh dunia dengan satu tujuan - membuktikan kereta solar mereka adalah yang terbaik.

Mewakili Malaysia, pasukan Eco Photon Solar Racing Team dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menyahut cabaran tersebut untuk kali ketiga. 

Untuk menyemarakkan lagi komitmen mereka terhadap acara tahunan ini, Bridgestone dengan bangganya bertindak sebagai penaja utama dengan membekalkan tayar 'ECOPIA with ologic' untuk digunakan di dalam perlumbaan. 
 


Pasukan Eco Photon Solar Racing akan menghadapi cabaran sejauh 3,000 kilometer dari Darwin ke Adelaide bermula 13 sehingga 20 Oktober ini menggunakan Tigris - nama rasmi bagi kereta solar yang digunakan. 

Kereta solar Tigris ini menampilkan panel gentian karbon dengan sistem pemantauan data yang sangat jitu serta sistem keselamatan yang lengkap bagi mengelakkan sebarang insiden kekurangan kuasa ketika perlumbaan dijalankan. 

Menurut Syazwan selaku ketua pasukan, "kami telah banyak membawakan penambahbaikan terhadap spesifikasi kereta yang lalu, dan dengan teknologi yang baharu kami berazam untuk mencapai kedudukan lima teratas di dalam kelas Challenger.

"Kami juga turut mensasarkan anugerah "Best Creative and Multimedia" serta "Best Safety Prioritized".
 


Berteraskan kepada komitmen tanggungjawab sosial korporat global Bridgestone 'Our Way to Serve:mobility, people and environment', Bridgestone World Solar Challenge mendalami falsafah tersebut dengan menyumbang kepada pembangunan kereta solar, memberikan sokongan kepada jurutera muda dan menyumbang kepada alam sekitar dengan menggunakan sumber tenaga baharu: cahaya matahari. 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Bridgestone Tyre Sales (Malaysia) Sdn Bhd telah melancarkan sebuah program jaminan untuk tayar-…
Berita Global
Bridgestone Battlax Adventurecross AX41 ialah tayar knobby dual-sport khusus untuk jentera-jentera…
Berita Domestik
  Para pemilik Audi A7 Sportback bakal ditawarkan variasi saiz tayar Turanza T005 dari 19"…