Bridgestone lancar rim aluminium klasik Super R.A.P Evo, saiz 15 inci

oleh Mohamad Hanif|
Rupa mungkin sekali boleh menipu pandangan mata, dan mungkin itulah pendekatan yang cuba dibawakan menerusi pengenalan semula rim ikonik daripada Bridgestone.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-60 program sukan permotoran, Bridgestone menghidupkan semula rim klasik Super R.A.P untuk para peminatnya.
 

bridgestone


Rim baharu Super R.A.P Evo ini bukanlah rim keluli murah seperti yang anda sangka, akan tetapi rim aluminium 1-piece yang hanya boleh didapati dalam warna Racing Pearl White sahaja.

Pada asalnya, rim tersebut direka untuk jentera rali dan gymkhana, di mana lubang-lubang kecil tersebut mampu untuk menghalang batu, lumpur dan serpihan daripada menghentam komponen brek dengan lebih berkesan berbanding rim jejari konvensional.
 

rim


Disebabkan jisim yang agak ringan, rim tersebut menjadi sangat popular di kalangan para peminat gymkhana, geng pemilik Toyota MR2 AW11 dan juga kereta kei berprestasi seperti Honda Beat.

Rim Super R.A.P Evo hanya boleh didapati dalam saiz 15 inci sahaja, dengan kelebaran 7.0J atau 7.5J, dan pilihan PCD 100 atau 114.3.
 

rim


Harga jualan bermula dari ¥48,000 (RM1,564) dan sayang sekali hanya boleh dibeli di Jepun buat masa ini.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bridgestone mahu memberi fokus kepada tayar-tayar berprestasi tinggi untuk kenderaan penumpang dan…
Sukan Bermotor
Ia merupakan kali keempat dan tahun ketiga berturut-turut untuk pasukan yang dibekalkan dengan…
Model Terbaharu
Generasi baharu tayar ini melambangkan kepakaran selama 20 tahun yang dimiliki oleh Bridgestone…