Bridgestone sambut ulang tahun penubuhan yang ke-90!

oleh Mohamad Hanif|
Tanggal 1 Mac, 90 tahun yang lalu merupakan tarikh keramat di mana syarikat pengeluar tayar terkemuka dari Jepun, Bridgestone Corporation ditubuhkan pada tahun 1931.

Pengasasnya, Shojiro Ishibashi mempunyai satu pegangan, di mana beliau amat mempercayai sebuah perniagaan yang hanya sekadar mencari keuntungan tidak akan kekal lama, sebaliknya sebuah perniagaan yang menyumbang kembali kepada masyarakat dan negara akan selamanya memberikan keuntungan.

Oleh sebab itu, pada tahun 1968 Bridgestone mendefinisikan semula misi korporat mereka sebagai "Serving Society with Superior Quality" dan misi ini diteruskan sehingga ke hari ini di mana syarikat Bridgestone kini mempunyai kira-kira 140,000 tenaga pekerja di seluruh dunia.

Bersempena dengan ulang tahun yang ke-90 baru-baru ini (1 Mac 2021), Bridgestone Corporation mahu meraikan pencapaian ini dengan melancarkan beberapa inisiatif seperti pengenalan logo khas ulang tahun yang ke-90 dan pelancaran laman peringatan yang menampilkan informasi seperti DNA korporat, sejarah dan visi syarikat.

 


Menerusi inisiatif yang dijalankan ini, Bridgestone berharap agar dapat memupuk perpaduan di kalangan pekerja dalam usaha untuk mencapai visi berikut:

"Continuing to provide social value and customer value as a sustainable solutions company toward 2050"

Menurut CEO global Bridgestone, Shuichi Ishibashi berkata, "Bridgestone telah berterusan mengatasi pelbagai jenis cabaran, menempuh ketidaktentuan dan gelojak dalam usaha untuk terus memperoleh pengalaman dan berkembang menjadi sebuah syarikat yang lebih kuat.

"Saya amat menghargai sokongan pelanggan, rakan perniagaan, rakan komuniti dan pemegang kepentingan yang telah berterusan menyokong Bridgestone sepanjang sejarah penubuhan yang cukup panjang itu.

Laman web khusus itu boleh dilayari menerusi pautan di bawah:

https://www.bridgestone.com/corporate/history/90th_anniversary/

 

Sejarah Bridgestone

Berita Berkenaan

Model Terbaharu
Generasi baharu tayar ini melambangkan kepakaran selama 20 tahun yang dimiliki oleh Bridgestone…
Berita Domestik
  Seperti yang dilaporkan sebelum ini, crossover yang berasaskan Daihatsu Rocky itu ditawarkan…
Berita Global
Tayar Potenza berprestasi tinggi yang dibina khusus untuk Huracan STO itu berupaya untuk…