Pelitup muka BR3D dari BRIDE kini datang dalam warna merah!

oleh Mohamad Hanif|
Melihatkan kepada pelaksanaan kembali perintah pemakaian pelitup muka di kawasan umum bermula 1 Ogos ini, ada baiknya kami perkenalkan sekali lagi sebuah produk pelitup muka yang dihasilkan oleh sebuah syarikat Jepun yang terkemuka, BRIDE.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika sebelum ini BRIDE telah menghasilkan pelitup muka BR3D dalam warna hitam, kali ini mereka menawarkan pilihan warna terbaharu yang lebih garang dan sesuai untuk dipakai oleh mereka yang berani mencuba, iaitu warna merah.

 


Produk BR3D merupakan topeng muka yang mudah dibasuh terdiri daripada empat lapisan yang diperbuat daripada poliester, fabrik pelindung UV dan lapisan luaran yang diperbuat daripada fabrik urethane daripada lebihan bahan pembuatan kerusi sebenar!

Menurut BRIDE lagi, lapisan dalaman direka supaya mampu memberikan keselesaan kepada pemakai walaupun ketika di pakai dalam keadaan cuaca yang panas.

 


Berdasarkan semakan di laman web BRIDE Jepun, pelitup muka BR3D ini dijual pada harga ¥3,300 (RM131).

Sumber: Japanese Nostalgic Cars

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Selain daripada itu, tahukah anda syarikat Jepun itu juga turut mengeluarkan produk pelitup muka?…