BRIDE hasilkan pelitup muka - harga dari RM131 di Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Untuk kaki kereta yang fanatik JDM, rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi jenama BRIDE, pakar dalam menghasilkan tempat duduk perlumbaan serta produk sampingan kerusi kanak-kanak.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Selain daripada itu, tahukah anda syarikat Jepun itu juga turut mengeluarkan produk pelitup muka?

Disebabkan pandemik COVID-19 yang masih lagi belum reda pada ketika ini, BRIDE juga menggunakan kepakaran mereka untuk menghasilkan pelitup muka tersendiri untuk kegunaan umum.

 


Produk BR3D merupakan topeng muka yang mudah dibasuh terdiri daripada empat lapisan yang diperbuat daripada poliester, fabrik pelindung UV dan lapisan luaran yang diperbuat daripada fabrik urethane daripada lebihan bahan pembuatan kerusi sebenar!

Menurut BRIDE lagi, lapisan dalaman direka supaya mampu memberikan keselesaan kepada pemakai walaupun ketika di pakai dalam keadaan cuaca yang panas.

Logo BRIDE jika diperhatikan juga tidak konsisten kualitinya kerana ia diambil daripada bahan buangan ketika proses pemasangan kerusi.

Berdasarkan semakan di laman web BRIDE Jepun, pelitup muka BR3D ini dijual pada harga ¥3,300 (RM131).

Sumber: BRIDE

Berita Berkenaan

Berita Global
Salah satu yang bakal dipamerkan ialah produk terbaharu Ergoster, tempat duduk semi-bucket yang…
Berita Global
Jika sebelum ini BRIDE telah menghasilkan pelitup muka BR3D dalam warna hitam, kali ini mereka…