Brembo - recall khusus untuk beberapa jenama motosikal sahaja

oleh HEZERI SAMSURI|
Kawasaki Legend Reborn

Brembo baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai proses recall untuk sistem brek mereka.

Menurut syarikat Itali itu, ia mendapati ada kemungkinan piston untuk silinder utama brek hadapan radial (diameter antara 15mm dan 16mm) pada sistem yang dijual antara tahun 2015 dan 2017 akan mengalami kerosakan.

Menurut Brembo lagi, jenama yang terbabit ialah:

  • Aprilia
  • Ducati
  • KTM
  • MV Agusta
  • TM Racing
  • Moto Morini
  • Horex

Recall itu tidak membabitkan sistem Brembo yang dipasang pada motosikal jenama lain, atau melalui kit brek aftermarket.

Menurut Brembo, syarikat motosikal tersebut yang akan menjalankan proses recall itu.

 

Add new comment

banner articles

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Brembo, pembekal pelapik itu, Federal Mogul melakukan kesilapan dalam proses "thermal…
Berita Global
Menurut beliau lagi, penggunaan sistem brake-by-wire secara praktikalnya memberikan kemudahan dan…
Berita Domestik
Kejadian komponen brek dan eksoz motosikal superbike dicuri bukan isu baharu. Sudah bertahun…