Brembo New G Sessanta - konsep angkup brek dengan LED berwarna-warni!

oleh Mohamad Hanif|
Teknologi terhubung membolehkan kita sebagai pengguna mendapatkan hampir kesemua informasi penting berkenaan status kenderaan, seperti contoh keadaan minyak pelincir, suhu enjin, dan menjalankan fungsi mudah dengan hanya satu sentuhan dari peranti pintar.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar sebagai Brembo New G Sessanta.
 


Tidak tertakluk kepada motosikal, laman web Motor1 mengesahkan bahawa produk baharu ini juga turut teraplikasi pada kenderaan beroda empat.

Brembo New G Sessanta menampilkan rekaan angkup brek dengan elemen lampu LED berwarna dengan dua fungsi utama - menjadikan penampilan brek anda nampak cool ketika waktu malam, dan yang kedua memaparkan status semasa sistem brek anda.

 


Menurut Brembo, mereka menetapkan warna lampu yang berbeza untuk tujuan seperti pemeriksaan status, amaran penukaran pad brek, mengunci atau nyahkunci, serta fungsi GPS dengan lampu bantuan.

Konsep luaran G Sessanta ini mengambil inspirasi daripada produk angkup brek pertama Brembo tahun 1972 dan dikemaskan dengan penampilan elemen LED berwarna yang boleh dipilih bergantung kepada mood penunggang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Tidak lagi menampilkan sistem hidraulik seperti yang digunakan pada kebanyakan model kenderaan masa…
Berita Global
Kesemua kit ini (Sport, GT, dan PISTA) ini direka untuk menjadi sebagai produk penggantikan OEM…