Brembo lancar naiktaraf sistem brek di bawah program "UPGRADE"

oleh Mohamad Hanif|
Brembo menyambut ulang tahun yang ke-45 kejayaan di dalam sukan permotoran dengan membawakan tiga kit naiktaraf sistem brek di bawah program baharu yang dikenali sebagai UPGRADE.

Kesemua kit ini (Sport, GT, dan PISTA) ini direka untuk menjadi sebagai produk penggantikan OEM bagi meningkatkan prestasi pemberhentian kenderaan sedia ada.

Dimulakan dengan PISTA | FF (gambar utama), ia merupakan sistem brek yang direka untuk kegunaan perlumbaan, terdiri daripada angkup enam omboh (FF6) atau empat omboh (FF4), saluran bendalir brek yang mampu memastikan tahap tekanan brek maksimum yang diperlukan, serta pad brek yang boleh digantikan dengan cepat tanpa perlu membuka angkup terlebih dahulu.

 


Turun satu anak tangga, kit Brembo yang dikenali sebagai GT.

Brembo Gran Turismo (GT) ini merupakan naiktaraf penuh terhadap sistem brek kenderaan, menawarkan kuasa brek yang cemerlang untuk kegunaan seharian, serta keyakinan pengendalian ketika memasuki track day.

Angkup Brembo GT juga boleh ditempah mengikut warna yang diinginkan.

 


Akhir sekali adalah Brembo Sport yang merupakan rotor brek dan ia bertindak sebagai produk penggantian terus kepada rotor brek OEM.

Rotor Brembo Sport ini menampilkan rekaan slotting Type 3 hasil daripada kajian dan pembangunan bertahun-tahun oleh Brembo Racing Department, menyamai rekaan rotor yang biasa digunakan pada kejuaraan sukan permotoran seperti 24 Hours of Le Mans dan WTCR World Championship.

​Untuk memastikan tiada pelanggan yang tertipu dengan produk palsu, Brembo turut hadir dengan cara tersendiri iaitu mencetak kod QR pada kotak dan brek, dan ini membolehkan pelanggan mengesahkan sendiri ketulenan produk tersebut menggunakan aplikasi Brembo Check.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Tidak lagi menampilkan sistem hidraulik seperti yang digunakan pada kebanyakan model kenderaan masa…
Berita Global
Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar…
Berita Global
Greentive merupakan gabungan nama "GREEN" dan "DISTINCTIVE" yang diterjemahkan kepada ciri yang…