Brembo lancar rotor brek Greentive - siap kemasan ala-ala cermin!

oleh Mohamad Hanif|
Brembo telah melancarkan sebuah produk komponen brek baharu iaitu rotor brek Greentive yang menampilkan teknologi salutan bahan yang memberikan penampilan sekaan sebuah cermin pada permukaannya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Greentive merupakan gabungan nama "GREEN" dan "DISTINCTIVE" yang diterjemahkan kepada ciri yang mesra alam serta penampilan yang elegan dan mudah untuk dikenali.

Teknologi lapisan yang digelar sebagai High-Velocity-Oxy-Fuel (HVOF) pada rotor Greentive ini mampu memastikan tahap kelusuhan yang lebih rendah, sekaligus memanjangkan hayat cakera brek, selain mampu mengurangkan penghasilan habuk brek dan memastikan rim kereta tidak cepat kotor berbanding kebiasaan.

 


Lapisan HVOF itu turut menawarkan kadar rintangan terhadap kakisan yang lebih tinggi, dan ia lebih sesuai untuk digunakan pada kenderaan elektrik generasi baharu, terutama apabila cara sistem brek dioperasikan berlainan berbanding sistem brek pada kenderaan konvensional.

Disebabkan penggunaan lapisan itu, rotor Greentive mempunyai kemasan permukaan ala-ala cermin, serta terdapat logo Brembo yang turut berfungsi sebagai petanda sudah tiba masanya cakera brek perlu digantikan.

Menurut Brembo lagi, teknologi lapisan yang diperkenalkan ini juga boleh diaplikasikan kepada semua jenis rotor brek, termasuklah cakera brek terapung two-piece.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia dikuasakan oleh nadi Chiron W16 yang telah diubahsuai supaya mampu menghasilkan kuasa setinggi 1…
Berita Global
Tidak lagi menampilkan sistem hidraulik seperti yang digunakan pada kebanyakan model kenderaan masa…
Berita Global
Brembo nampak peluang ini boleh diperluaskan untuk sistem brek terbaharu mereka yang digelar…