Bosch perkenal visor matahari pintar - Virtual Visor

oleh Mohamad Hanif|
Silau daripada cahaya matahari adakalanya mampu mengganggu tumpuan pemanduan, apatah lagi jika anda memandu di waktu awal pagi atau lewat senja.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penggunaan visor matahari yang terpasang dari kilang juga kadang-kala tidak membantu. 

Jadi, menerusi acara CES 2020, Bosch membawakan inovasi terbaharu bagi memastikan pemandu tidak terkesan dengan silau cahaya matahari dengan "Virtual Visor".

Virtual Visor merupakan sebuah paparan LCD yang jernih dibantu dengan sistem pengesan muka menggunakan kepintaran buatan (AI). 

Sistem AI ini akan menggunakan kamera yang menghadap pemandu untuk mengenal pasti kawasan muka yang terkesan akibat silau mentari. 

Dengan menggunakan algoritma, sistem ini akan menganalisa medan penglihatan pemandu dan menggelapkan kawasan mata yang dipercayai terganggu akibat silau dengan teknologi kristal cecair yang bertindak seakan sebuah visor. 
 


Manakala kawasan selebihnya akan terbiar jernih supaya ia tidak mengganggu ruang penglihatan pemandu. 

Menarik juga jika konsep ini didatangkan dalam dunia realiti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…