BOSCH AKAN LANCARKAN ENJIN HIDROGEN UNTUK KEGUNAAN TRAK PADA TAHUN INI

oleh Firdaus Razani|
Selain bateri Litium-ion menjadi penjana kuasa untuk motor elektrik, hidrogen juga merupakan salah satu alternatif tenaga kuasa yang melepaskan hampir sifar karbon.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk melancarkan enjin pembakaran dalaman hidrogen pertamanya untuk trak pada tahun ini.

Ia bakal menjadi sebahagian daripada penawaran sel bahan api dan bateri elektrik yang sedia ada di pasaran.

Walaupun keuntungan enjin hidrogen tidak sehebat EV buat ketika ini, namun jenama seperti BMW, Toyota dan Honda melihat hidrogen berpotensi untuk berada di dalam pasaran di masa akan datang.

Pembuat kereta tersebut yakin jika teknologi enjin hidrogen meningkat, mereka akan bertindak untuk beinovasi dalam pengeluaran kenderaan sel bahan api hidrogen.

 

BMW

 

Selain daripada menjual EV secara besar-besaran pada masa ini, mereka turut telah bersedia dengan kenderaan sel bahan api hidrogen yang akan wujud bersama EV dan menjadi sebahagian landskap kenderaan sifar pelepasan.

Baru-baru ini, Bosch juga telah memberikan butiran lanjut tentang idea mereka untuk enjin hidrogen, kaedah alternatif tersebut adalah menggunakan hidrogen sebagai bahan api untuk kereta.

Bosch juga sedang membangunkan alat ganti untuk enjin hidrogen dimana ia tidak perlu tukar bahan api kepada elektrik untuk mengubahnya menjadi tenaga.

 

BOSCH

 

Memandangkan sel bahan api adalah lebih cekap daripada enjin hidrogen, maka kenderaan hidrogen akan memerlukan lebih banyak hidrogen untuk menempuh jarak yang sama.

Tambahan itu, kenderaan hidrogen memerlukan hidrogen yang sangat tulen untuk beroperasi dan ia lebih terdedah kepada pencemaran daripada habuk dan kotoran.

Walaubagaimanapun, enjin hidrogen adalah lebih murah untuk dibeli dan memerlukan kurang penyelenggaraan berbanding dengan kenderaan dengan sel bahan api.

Bosch juga pembekal sistem yang menyediakan bukan sahaja suntikan bahan api tetapi juga produk untuk penyimpanan dan penghantaran hidrogen, unit kawalan elektronik dan bahagian powertrain lain.

Dalam misi untuk mencapai neutraliti karbon, syarikat itu juga sedang membangunkan sistem suntikan untuk enjin hidrogen akan datang, yang merupakan langkah evolusi ke arah enjin pembakaran.

 

BOSCH

 

Dilihat mempunyai ciri yang kukuh dalam persekitaran yang mencabar, enjin hidrogen akan menjadi salah satu pilihan dalam rangkaian kuasa pada masa hadapan.

Memandangkan trak selalu beroperasi dalam keadaan persekitaran yang mencabar, maka enjin hidrogen merupakan rangkaian kuasa masa hadapan kerana kekuatannya terletak pada daya tahannya yang tinggi.

Tambahan itu, ia mungkin lebih sesuai untuk kenderaan tugas berat seperti traktor ladang dan penggali dari industri pembinaan.

Penganalisis pakar Jamie Fox turut mengesahkan dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Hydrogen Insight bahawa penggunaan seperti traktor dan peralatan perlombongan mungkin lebih sesuai untuk enjin hidrogen berbanding trak.

 

SUMBER : LAGRADAONLINE

Berita Berkenaan

Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…
Berita Domestik
Sehubungan dengan itu, kerjasama pintar di antara Bosch dan SOCAR iaitu sebuah syarikat aplikasi…