Bosch cipta 'letupan kecil' untuk selamatkan penumpang kereta elektrik ketika kemalangan

oleh Mohamad Hanif|
Insiden kemalangan dan kebakaran terutama melibatkan kenderaan elektrik sememangnya merupakan satu pengalaman yang baharu buat para petugas kecemasan kerana ia bukanlah semudah memadamkan kebakaran yang biasa dialami oleh kereta berenjin.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tesla sebagai sebuah pengeluar EV turut mengeluarkan garis panduan di mana pihak bomba perlu menghabiskan kira-kira 11,300 liter air bagi menyejukkan suhu kebakaran yang berpunca daripada pek bateri. 

Malah, pek bateri tersebut sebenarnya tidak stabil dan mampu terbakar semula sekiranya langkah yang sewajarnya tidak dilakukan. 
 


Melihatkan kepada keadaan ini, Bosch selaku sebuah syarikat pembekal komponen automotif telah mencipta sebuah sistem yang mampu menyelamatkan nyawa penumpang di dalam sesebuah insiden kemalangan. 

Apa yang Bosch lakukan adalah lebih kurang sama dengan penggunaan suis inertia yang mampu menghentikan aliran bahan api, namun sistem Bosch lebih 'kejam'. 

Ketika sistem cip beg udara CG912 itu mengesan pelanggaran, ia akan memberikan isyarat supaya cas-cas letupan terkawal dihasilkan bagi 'merosakkan' sistem pendawaian dan sekaligus mengasingkan aliran tenaga elektrik daripada pek bateri. 

Ini bagi mengelakkan kejadian kejutan elektrik berlaku yang mampu mengancam nyawa para petugas atau bagi mengelakkan sebarang insiden kebakaran. 
 


Tidak seperti suis inertia pada kereta biasa, sistem yang dicipta oleh Bosch ini tidak boleh dipulihkan kepada sedia kala selepas berlakunya pelanggaran. 

Bosch telah pun membekalkan sistem yang serupa kepada model-model elektrik dan hibrid yang ada di pasaran namun tiada sebarang butiran lanjut diberikan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…