Bosch bina kilang baharu di Pulau Pinang

oleh Mohamad Hanif|
Robert Bosch Sdn Bhd (Bosch Malaysia) merancang untuk membina kemudahan pembuatan di Pulau Pinang dengan memberi tumpuan kepada perniagaan komponen semikonduktor dan ujian sensor.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dalam satu kenyataan, syarikat teknologi itu berkata kemudahan itu akan dibina di atas tanah seluas 10 hektar yang terletak di Taman Perindustrian Batu Kawan.

Pembinaan dijadualkan akan bermula pada tahun 2021 dan siap pada 2023, kemudahan ini akan menumpukan perhatian terhadap kepada pengujian terakhir komponen seperti semikonduktor yang digunakan dalam sistem beg udara atau unit kawalan enjin yang dihasilkan di Bosch Automotive Electronics di Dresden, Jerman.

Ia juga akan menempatkan kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan latihan.

"Dengan unjuran jangka panjang untuk pertumbuhan kuantiti komponen semikonduktor, ditambah dengan pengeluaran ‘front-end’ di kemudahan Bosch di Dresden, Jerman, pengembangan kapasiti diperlukan untuk pengeluaran ‘back-end’ yang merupakan fasa ujian akhir semikonduktor dan sensor.

"Tapak baharu ini juga bertujuan untuk memperkukuhkan ekosistem matang untuk industri semikonduktor di Pulau Pinang," kata Pengarah Urusan Bosch Malaysia Simon Song hari ini dalam satu kenyataan bersama dengan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestPenang.

Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Azman Mahmud berkata komitmen Bosch dalam melengkapkan ekosistem elektrik dan elektronik di Malaysia adalah gambaran sebenar keyakinan syarikat itu yang berterusan terhadap Malaysia sebagai destinasi pilihan untuk pertumbuhan jangka panjang.

"Projek ini juga akan berfungsi sebagai pemangkin dalam membangunkan golongan pakar melalui penggunaan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) dan automasi produksi dalam industri," kata Azman.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata pelaburan baharu Bosch itu mencerminkan keyakinan syarikat terhadap teknologinya untuk masa depan.

Pulau Pinang mempunyai tiga lokasi tapak pembuatan sedia ada Bosch dan pejabat R&D.

Robert Bosch (M) Sdn Bhd, Robert Bosch Power Tools Sdn Bhd dan Robert Bosch Automotive Steering Sdn Bhd masing-masing adalah pengeluar sistem multimedia kereta, alat kuasa dan stereng automotif.

Sumber: BERNAMA

Berita Berkenaan

Berita Global
Kini, pembekal komponen dan teknologi automotif dari Jerman, Bosch mengumumkan rancangan untuk…
Informasi
Apatah lagi sekiranya anda memasuki pula kawasan yang langsung tidak mempunyai lampu jalanan, dan…
Berita Global
Berdasarkan laporan Bloomberg, ketua perkhidmatan mobiliti Robert Bosch GmbH, Markus Heyn…