Boon Siew Honda umumkan 2 warna baharu untuk RS-X 2023

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Boon Siew Honda telah umumkan kemaskini warna untuk moped tertinggi mereka, iaitu Honda RS-X 2023. Sejak diperkenalkan pada 2021, RS-X telah mendapat sambutan dikalangan pengguna kapcai yang menginginkan motosikal kuasa dan ciri-ciri terkini.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk tahun 2023, Honda bakal tawarkan dua warna dan grafik baharu yang lebih moden dan menarik. 

 

yellow

 

2 warna dan grafik baharu itu ialah Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea, selain itu honda turut mengemaskini edisi Trico yang akan dilengkapi dengan rim berwarna emas.

Bahagian sisi badan pada Lemon Ice Yellow didatangkan dengan garis jingga yang menyerlah dengan gabungan tulisan hitam tebal dan logo latar belakang putih, memastikan grafik baharu Honda RS-X terserlah.

 

blue

 

Candy Caribbean Blue Sea hadir pula dengan campuran kelabu dan hitam pada bahagian sisi badan, memastikan bahagian luar kelihatan jelas dan moden.

Harga bagi warna dan grafik Lemon Ice Yellow dan Candy Caribbean Blue Sea bermula dari RMRM9,698 manakala edisi Trico bermula dari RMRM9,748. 

 

trico

 

Bagi spesifikasi lain seperti enjin, ianya masih sama seperti model sebelum ini yang dikuasakan enjin silinder tunggal 150 cc dengan kuasa maksimum pada 15.8 hp @ 9,000 rpm dan daya kilas 13.6 Nm @ 7,000 rpm.

Kesemua warna baharu ini akan tersedia di semua pengedar sah Honda bermula 4 Januari 2023.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…