Boon Siew Honda lancarkan Honda Vario 125 - Enjin 125cc baharu, harga dari RM7,080

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Bertempat pada acara perlumbaan Petronas CubPrix pusingan 2 di Dataran Sri Jempol, Negeri Sembilan, Boon Siew Honda (BSH) telah melancarkan satu lagi model baharu dalam barisan skuter nya iaitu Honda Vario 125.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kehadiran Honda Vario 125 ke pasaran tempatan bakal memberikan pembeli pilihan kepada pembeli untuk mencari skuter mampu milik dengan reka bentuk sporty yang menawarkan pelbagai ciri moden.

 

2

 

Antara ciri baharu pada Honda Vario 125 ialah dikuasakan oleh enjin baharu 124.9cc 4 lejang (11.4 HP/ 11.7 Nm) sejukan cecair bersama eSP dan Idling Stop System (ISS) yang menjanjikan kecekapan bahan api.

Bagi sebuah skuter mampu milik, Vario 125 turut didatangkan dengan sistem kunci Honda Smart yang mempunyai sistem penggera anti-kecurian bagi menjamin keselamatan skuter tersebut.

 

3

 

Sama seperti abang nya iaitu Vario 160, ia turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan sebesar 18 liter pada bawah tempat duduk untuk memberikan kemudahan tambahan pada penunggang, bahagian konsol tengah turut dilengkapi pengecas USB.

Bagi memberikan rupa premium pada harga mampu milik, Vario 125 turut dilengkapi dengan lampu LED pada lampu depan dan juga belakang, dan panel meter digital penuh yang lengkap dengan maklumat penting semasa menunggang.

 

4

 

Bagi melengkapkan rupa skuter yang sporty, Vario 125 dipadankan dengan roda 14 inci bersama tayar bersaiz 100/80-14 di belakang dan 90/80-14 di hadapan.

Untuk pasaran Malaysia, Honda Vario 125 ditawarkan dengan 3 pilihan warna iaitu merah, biru dan kuning, harga pula akan bermula dari RM7,080 dan boleh didapati di semua pengedar sah mulai 14 Mac 2023.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…