Boon Siew Honda lancar model EX5 edisi ulangtahun ke-35, harga dari RM4,783

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan ulang tahun yang ke-35 model lagenda Honda EX5, Boon Siew Honda Sdn Bhd kini memperkenalkan secara rasmi varian baharu untuk tahun 2021, iaitu EX5 35th Anniversaty Edition.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pertama kali diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987, Honda EX5 mempunyai reputasi tersendiri sebagai motosikal yang tahan lasak dan boleh dipercayai.

 


Dari segi penawaran, Honda EX5 35th Anniversary Edition masih mengekalkan enjin silinder tunggal sejukan udara 110cc yang menghasilkan 8.54 kuasa kuda @ 7,500 rpm dan daya kilas 8.62 Nm @ 5,500 rpm.

Dengan sistem pancitan bahan api PGM-FI, ia membantu EX5 untuk menawarkan lebih penjimatan bahan api dan dalam masa yang sama mengurangkan emisi.

 


Dua varian ditawarkan iaitu EX5 dengan rim jejari dan juga model rim tuang, masing-masing didatangkan dalam warna menarik (Euphoria Red Metallic dan Pearl Nightfall Blue).

Untuk model 35th Anniversary Edition, ia didatangkan dengan ciri tambahan berupa emblem ulang tahun serta jalur grafik baharu.

Harga jualan bermula dari RM4,783 untuk model rim jejari dan RM5,009 untuk EX5 dengan rim tuang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penawaran terbaharu ini membawakan imej gaya klasik yang menggandingkan elemen retro dan juga…
Informasi
Sejarah serta asal usul motosikal jenis step thru ini sebenarnya hadir dari benua Eropah dan…