Honda EX5 2020 - grafik baharu, teknologi sama (dari RM4,783)

oleh Mohamad Hanif|
Tidak pernah melupakan golongan marhaen, Boon Siew Honda kini membawakan kemaskini terhadap model motosikal mampu milik Honda EX5 yang menampilkan rekaan neo-klasik namun dengan grafik yang lebih menonjol.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02


Tiada sebarang perubahan besar dibawakan dari aspek mekanikal, ia masih kekal dengan enjin 110 cc silinder tunggal menghasilkan 8.5 hp dan daya kilas 8.62 Nm pada putaran enjin 5,500 rpm.

 


Dengan sistem suntikan bahan api PGM-Fi, ternyata Honda EX5 mampu memberikan lebih penjimatan penggunaan bahan api. 
 


Masih kekal dengan sistem brek dram, Honda EX5 didatangkan dalam dua versi rim iaitu roda tuang dan juga roda jejari dengan dua warna berbeza iaitu Pearl Nightfall Blue dan Pearl Magellanic Black. 
 


Harga jualan pula bermula dari RM4,783 sehingga RM5,009 atas jalan tanpa insurans, didatangkan dengan jaminan kilang selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km yang mana terdahulu. 
 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Penawaran terbaharu ini membawakan imej gaya klasik yang menggandingkan elemen retro dan juga…
Berita Domestik
Pertama kali diperkenalkan di pasaran pada tahun 1987, Honda EX5 mempunyai reputasi tersendiri…
Informasi
Sejarah serta asal usul motosikal jenis step thru ini sebenarnya hadir dari benua Eropah dan…