Honda EX5 2022 edisi 35 Tahun, harga RM5,198, terhad 2000 unit

oleh Mohamad Hanif|
Boon Siew Honda baru-baru ini melancarkan secara rasmi kapcai ikonik Honda EX5 edisi terhad bersempena dengan ulang tahun yang ke-35.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Penawaran terbaharu ini membawakan imej gaya klasik yang menggandingkan elemen retro dan juga premium.
 

EX45


Dari segi kuasa, Honda EX5 2022 Edisi Terhad ini membawakan enjin silinder tunggal 110 cc yang mampu menghasilkan 8.54 hp @ 7,500 rpm, serta daya kilas 8.62 Nm @ 5,500 rpm, dibantu dengan ciri Programmed Fuel Injection (PGM-Fi).

Hanya 2,000 unit sahaja Honda EX5 Edisi Terhad yang akan ditawarkan dimana kesemua unit didatangkan dengan rim lidi serta warna Extragavant Gold Metallic.
 

EX5


Harga jualan bermula dari RM5,198 (atas jalan tanpa insurans) dan lengkap dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perbatuan 20,000 km (yang mana tiba dahulu).

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula esok, 22…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Charcoal Grey Metallic/Gold, Candy Scintillate Red, Force…
Berita Domestik
Warna yang dimaksudkan itu ialah Mat Gunpowder Black Metallic, Candy Diesel Red dan juga Pearl…