Bocor: Adakah ini rekaan sebenar Mazda CX-50?

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Mazda baharu sahaja mengumumkan barisan SUV yang bakal ditawarkan pada masa akan datang, dimulakan dengan CX-50 yang dijadualkan pengenalannya bulan depan, diikuti dengan empat model lain iaitu CX-60, CX-70, CX-80, dan CX-90 yang secara rasminya akan menggantikan model CX-9.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang khusus untuk pasaran Amerika, iaitu CX-50 akan mula dipasang di kilang Huntsville, Alabama (kilang kerjasama Toyota-Mazda) bermula Januari 2022.

Baca: Barisan SUV baharu Mazda - CX-50, CX-60, CX-70, CX-80 & CX-90

Namun, belum pun sempat kita menantikan kehadiran rasmi model tersebut, beberapa keping gambar paten telah tertiris ke alam maya yang dipercayai merupakan rekaan sebenar model SUV CX-50.

Menurut laporan daripada Motor1, sumber sebenar gambar-gambar paten yang terbocor ini masih lagi belum diketahui, namun berdasarkan pengamatan ia sememangnya merujuk kepada bahasa rekaan yang digunakan oleh Mazda pada ketika ini.

Selain daripada reka bentuk gril yang tipikal, gambar paten itu turut menampilkan unit lampu LED yang slim, rekaan bampar depan yang menampilkan liang sisi dan bukaan di bawah yang menempatkan komponen penderia di bahagian tengah.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Mazda CX-50 bukanlah pengganti secara terus kepada model CX-5, sebaliknya ia berperanan sebagai pelengkap kepada penawaran SUV tersebut, dan Mazda juga akan terus menambah baik model CX-5 itu.

Selain daripada pengumuman barisan SUV baharu, Mazda juga dilaporkan akan mengembangkan lagi penawaran model MX-30 dengan penambahan varian EV penambah jarak (range-extender) di mana ia akan menampilkan enjin rotari sebagai unit penjana kuasa.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…