BMW X7 2019 rasmi dilancarkan - SUV premium dengan 7 tempat duduk

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa siri pengenalan dibuat sebelum ini, BMW akhirnya mengumumkan pelancaran rasmi BMW X7, SUV kelas premium yang didatangkan dengan konfigurasi tujuh tempat duduk ke dalam barisan penawaran model BMW.

SUV besar BMW X7 ini menerima rekaan yang jauh lebih agresif dimulakan pada gril buah pinggang berkembar ikonik BMW pada front fascia yang kemudiannya dikontraskan dengan rekaan lampu utama LED yang mengecil. 


 


Manakala pada bahagian sisi pula meneruskan rekaan arca roda yang bulat - pertama kali diperkenalkan dalam siri BMW X - serta liang udara "Air Breather" pada bahagian fender yang diteruskan kepada bahagian bumper belakang. 

Menampilkan konfigurasi tiga baris tempat duduk dengan kapasiti tujuh orang penumpang, kabin X7 sememangnya luas dan mewah ditambah pula dengan rekaan papan pemuka yang berkongsi rekaan dengan kereta moden BMW yang lain. 
 


Pada bahagian kokpit pemandu, terdapat skrin digital 12.3 inci yang memaparkan bacaan pemanduan terletak bersebelahan skrin infotainmen yang bersaiz 12.3 inci, sistem kawalan iklim empat zon manakala sistem kawalan iklim lima zon ditawarkan sebagai pilihan. 

 


Menambahkan lagi elemen keluasan kabin BMW X7 ini ialah penggunaan tiga panel bumbung kaca panoramik yang membenarkan pencahayaan natural memasuki ruang kabin. 

Berikut merupakan spesifikasi ringkas BMW X7 beserta varian enjin yang ditawarkan oleh BMW. 

 


BMW X7 xDrive40i
Enjin: 3.0 liter enam silinder sebaris berkuasa turbo
Transmisi: automatik lapan kelajuan
Kuasa: 335 hp/114 Nm
Pecutan 0-100 km/j: 5.8 saat
Harga: $73,900 (RM306,758 mengikut kadar pertukaran wang semasa)

BMW X7 xDrive50i
Enjin: 4.4 liter bentangan V8 turbo berkembar
Transmisi: automatik lapan kelajuan
Kuasa: 456 hp/649 Nm
Pecutan 0-100 km/j: 5.2 saat
Harga: $92,600 (RM384,382 mengikut kadar pertukaran wang semasa)

Manakala pasaran Eropah pula menerima dua varian X70 diesel:
 

BMW X7 30d
Enjin: 3.0 liter enam silinder sebaris diesel 
Transmisi: automatik lapan kelajuan
Kuasa: 261 hp/620 Nm

BMW X7 M50d
Enjin: 3.0 liter enam silinder sebaris quad-turbo diesel
Transmisi: automatik lapan kelajuan
Kuasa: 395 hp/760 Nm
 


Ruang kargo: 1,376 liter (2,560 liter maksimum)

Sistem keselamatan standard:
amaran titik buta, amaran penukaran laluan, amaran pelanggaran belakang, amaran pelanggaran depan, amaran pejalan kaki dengan ciri City Collision Mitigation, amaran lintasan trafik belakang, informasi had laju

Tambahan untuk varian xDrive50i:
bantuan parkir (Parking Assistant Plus), bantuan pengekalan laluan aktif, bantuan kesesakan lalu lintas.
 

Tags

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pusat pameran yang serba baharu itu dibina atas tapak berkeluasan 33,000 kaki persegi, dan mampu…
Model Terbaharu
Tanpa membuang masa, anda perlu tahu tujuh perkara berkenaan sedan dan SUV bertaraf mercu daripada…
Berita Domestik
Untuk para pembeli sasaran di dalam segmen premium, BMW Malaysia kini membuka tempahan untuk model…