BMW X7 xDrive40i M Sport dilengkapi dengan rekabentuk M Specific di hadapan dan belakang, pakej M Aerodynamics, logo M di ambang pintu, gril depan dengan pencahayaan Iconic Glow hasil dari sistem gentian optik LED dan roda aloi M Sport 22-inci.
Bahagian kabin pula dihiasi dengan trim kayu halus 'Fineline Black’ berserta efek logam berglos tinggi, stereng kulit M dan juga kemasan kulit Merino BMW Individual dalam rona Black atau Tartufo.
Dari sudut sistem bantuan memandu, BMW X7 xDrive40i M Sport baharu akan hadir dengan Driving Assistant Professional berserta Kawalan Jarak dengan fungsi Henti & Mula, termasuk Bantuan Stering dan Kawalan Laluan – membekalkan keupayaan Pemanduan Berautonomi Tahap 2 selain menawarkan keselesaan dan keselamatan bertaraf tinggi.
Trenkuasa kekal enjin hibrid 48V enam sebaris dan transmisi Steptronic Sport 8-kelajuan, dengan kelajuan tertinggi 250 kmsj, membekalkan 380hp dan daya kilas pada 540 Nm.
Pecutan 0-100 kmsj dilakukan dalam masa 5.8 saat sahaja, walaupun X7 ini sudah boleh dikira sebagai SUV gergasi.
Di samping warna-warna yang sedia ada seperti Mineral White Metallic dan Black Sapphire Metallic untuk BMW X7, warna varian eksklusif M Brooklyn Grey Metallic juga akan disediakan untuk BMW X7 xDrive40i M Sport baharu.
Harga BMW X7 xDrive40i M Sport baharu dengan Pakej Servis dan Waranti Lanjutan 5 Tahun, termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM718,800.